Matanya berkaca-kaca. Aku sayu melihatnya. Bukan aku bermaksud melukakan hatinya. Aku terpaksa, sayang. "Awak, kenapa jadi macam ni ?" Dia bertanya kepadaku. Aku hanya membisu. Hanya pandangan kosong aku lemparkan. "Saya tak nak cincin ni balik. Awak pakailah. Selagi hati awak tak dimiliki oleh orang lain, anggaplah saya masih menunggu awak. Saya tak kisah kalau awak nak pergi walau hakikatnya saya berat hati lepaskan awak , Hawani. Selagi hati awak tak dimiliki, saya masih disini menunggu awak, ingat tu." Aku masih diam. Melihat aku tanpa suara dia pergi. Aku menghantar kelibatnya dengan sorotan mata sahaja.
Maafkan aku Azmin. Bukan aku mahu menggarit luka di hati mu. Aku terpaksa. Aku tak mahu pemergian aku ke bumi Irish akan membuatku lebih sakit. Tetapi aku memang bodoh, keadaan tetap sama. Di sini, potret wajah Azmin sahaja yang menemaniku saban hari. Tiada lagi panggilan telefon dan pesanan ringkas daripadanya. Emel juga tiada. Aku benci situasi yang menghimpitku kini. Azmin, saya rindu awak, awak dengar tak? Terdetik juga dalam hati , mahu menghubungi Azmin, tetapi seakan ada kuasa yang menghalangku berbuat demikian. Egokah aku?
Suasana di sini lain daripada tanah tumpah darahku. Tenang. Sehabis kuliah sahaja aku pasti akan terus balik ke rumah ku yang berdekatan dengan kebu epal milik seorang nenek yang agak peramah. Aku lebih suka menghabiskan masa di rumah kerana di situ lah aku akan mendapat ketenangan yang sukar didapati di mana-mana. Hari ini merupakan hari terakhirku sebagai pelajar di Trinity College ini setelah selesai menjawab peperiksaan terakhirku pada hari ini. Aku pulang ke rumah agak lewat selepas pergi mengemas barang-barang ku di TC. Usai sembahyang Maghrib, aku membuka laptop dan log masuk ke Yahoo Messenger. Tersenarai nama-nama rakan ku yang juga sedang berada di atas talian. Rinduku kepada tanah airku semakin menggebu melihat status mereka yang telah selamat sampai ke Malaysia. Adikku, Suraiya Amila tiba-tiba menegurku.
ayya77 .: hai kak hani
ayya77 .: sihat tak?
H: Alhamdulillah
H: akak sihat kat sini
H: makan pun cukup
H: family semua sihat?
ayya77 .: diorang smua sihat
ayya77 .: dorg kemslm syg kt akk
ayya77 .: rinduH: akk pun rindu
H: ape cerita baru
H: cerita ok tak kat sana?
ayya77 .: xde cerita
ayya77 .: tapi kak,
ayya77 .: ada banyak surat untuk
akkayya77 .: nak aya post ke irelnd ke?
H: surat?
H: aya x buka ke?
ayya77 .: tak
H: hm,
H: tkpe
H: bulan 2 ni akk balik.
H: J
ayya77 .: yea?
ayya77 .: aya pun cuti start bln 2 ni
H: k la aya
H: akk nak keluar
H: bye syg
Surat? Hmm, penyata akaun kot. Biarlah.
Kehidupan di sini sedikit sebanyak melunturkan rinduku terhadap Azmin. Kalaulah dahulu aku bisa berfikir sedikit panjang, pastinya aku masih lagi memadu kasih. Tetapi jika masih aku memadu kasih bersamanya, dapatkah aku gapai impian aku yang hampir tercapai seperti kini. ? Impian untuk menjadi seorang doctor. Ya, sebab ini lah aku terpaksa mengambil kata putus untuk kebaikan aku. Tapi aku terlalu mementingkan diri sendiri dan terpaksa melukakan hati Azmin yang aku terlalu sayang. Azmin sayang, awak sedang buat apa di sana? Rindukah awak kepada saya? Atau hanya saya yang mengenang awak di sini?
Kurenung cincin yang berada di jari manisku. Hanya cincin permata yang murah tetapi penuh memori. Sepanjang berada di Ireland, cincin itu seolah-olah memberi aku semangat untuk hidup. Masih aku ingat kata-kata Azmin sewaktu dia memberikan cincin itu kepadaku. Dan fikiranku mula menerawang..
" Amir Hawani, bila saya tiada di sisi awak. Renunglah cincin ini. Anggap yang saya ada sentiasa di sisi awak. Saya sayang awak , Hawani."
Sebak di dadaku menggarit-garit luka lama. Aku tahu aku amat merindui dia. Tetapi apa lagi arah yang harus ku tuju? Kosong. Tiada jalan lagi kerana aku pun sudah tidak tahu bagaimana aku harus mula untuk mencari Azmin. Aku terasa amat bodoh. Melepaskan sesuatu yang aku cinta, dan akhirnya aku sendiri yang jatuh terodok ke dalam.
Dua bulan sudah berlalu dan aku sedang berada di Malaysia, di rumah baru keluargaku yang berada di Kuala Kangsar ,Perak. Aku sudah jauh dari Azmin yang berada di Selangor. Aku juga berazam mahu melupakannya. Aku tidak mahu hidup dengan baying-bayangnya lagi.
Semilir angin petang menampar lembut pipiku. Aku duduk di bangku tepi taman yang berada di hadapan rumahku. Merenung ke langit biru dari tanah yang sudah lama aku tinggalkan. Datang adikku , Suraiya menyertai aku duduk menikmati angin petang. Suraiya merupakan adik dan kawan baikku. Tiada rahsia antara aku dengannya.
"Kak ,bila balik sana balik,"
"Lagi 3 bulan , masa konvo balik la. Nak ikut?"
"Haha, nak bawa kan ke?"
"Duit sendiri la"
"Kak, takde pengganti baru ke"
"isk budak ni, mana ada. Akak tak berminat la sekarang"
Suasana sepi. Dia mengingatkan aku kepada Azmin yang semakin pudar dalam kotak ingatan.
"Eh kak, jom balik. Aya nak bagi surat kat akak."
"hmm, jomlah"
Sesampainya di rumah, Suraiya masuk kedalam biliknya dan keluar kembali dengan 3 pucuk surat. Semua surat ditulis dengan tulisan yang sama pada alamatnya. Mungkinkah orang yang sama? Aku meletakkan surat itu di atas meja solekku di bilik. Malam ini aku akan membacanya.
Selesai menonton siaran televisi , aku masuk ke bilik. Aku teringat akan surat yang Suraiya berikan kepadaku petang tadi.
Aku membuka surat itu dengan berhati-hati.
Terdapat sehelai nota ringkas sahaja.
"Amir Hawani.
Saya rindu awak. Setiap malam saya igaukan awak. Amir Hawani, ke mana awak pergi sebenarnya? "
Air mataku mula bertakung. Rinduku padanya sebenarnya masih tebal. Ya, dahulu aku tidak pernah memberi tahu ke mana aku sebenarnya. Aku tidak mahu dia mencariku. Aku tidak mahu dia menjejas impianku. Aku sudah dapat impianku yang satu itu tetapi aku gagal sebenarnya. Aku gagal menggapai impian aku yang sebenarnya, aku gagal menggapai cintaku.
Aku buka surat yang kedua.
" Hawani, saya masih menunggu di sini. Awak masih di tempat yang teratas di hati ini. Pulanglah Hawani, saya mahu menyunting awak menjadi permaisuri hati ini."
Air mataku mulai deras. Aku tak mengerti. Adakah aku patut mencarinya kembali? Dan surat ketiga aku biarkan dahulu . Aku tidak mahu diriku penat menangis lagi. Biar hatiku reda , baru aku akan membacanya.
Keesokan harinya, aku menerima kunjungan daripada sahabat baikku , Adyan yang juga merupakan jiran Azmin. Dia tahu segala kisahku. Aku bergelak tawa dengan Adyan bagaikan tiada hari esok. Tetapi kisah Azmin tidak sekali-kali dia bangkitkan. Adyan bermalam di rumahku di bilik tetamu. Malam itu, setelah selesai melayan Adyan aku masuk ke dalam bilik dan teringat tentang surat terakhir. Aku menarik keluar surat yang agak panjang daripada surat sebelum ini . Hatiku berdebar.
Dear my love,
Saya tahu awak akan membacanya walau lambat sedikit. Dan saya ingin menyatakan di sini yang saya akan pergi jauh . Jauh dari Malaysia. Atas urusan kerja. Saya sudah puas mencari awak di merata-rata tempat Hawani tetapi hampa. Saya redha dengan apa yang terjadi Hawani. Awak telah mengajar saya tentang kehidupan. Awak ajar saya apa itu cinta. Awak ajar saya menjadi lebih tabah. You are the best teacher Hawani. Saya puas hidup begini. Jangan ingat saya penat, saya masih menunggu awak. Tetapi saya sudah tiada di tempat itu. Awak mungkin tidak akan dapat mencari saya kerana saya sudah pergi. Hawani, jaga diri. Kalau ditakdirkan kita bersama pasti kita akan bertemu. Biarlah masa yang menentukan. Jika awak ingin bertemu saya, sila ke KLIA pada 9.30 malam pada 22 hb april. Saya akan bertolak pada malam itu.
Jika awak terlambat, pergi jumpa Adyan. Saya ada sesuatu untuk awak sayang.
Yang mencintaimu,
Azmin Azraie.
Aku lihat tarikh hari ini. 22 April. Kalaulah aku membaca surat itu pada malam semalam sudah pasti aku akan ada peluang untuk bertemunya. Melihat jarum jam, sudah 3 jam dia berlepas. Empangan ku pecah lagi sekali. Dan aku berasa kesal yang amat sangat. Aku ke bilik tetamu untuk bertemu Adyan sambil berharap yang dia belum tidur lagi. Aku dapat mendengar suara Adyan sedang bercakap dalam telefon. Syukur dia belum tidur lagi. Aku mengetuk pintu 5 minit kemudian. Tersembul wajah Adyan sebaik dia membuka pintu.
"Adyan, aku nak bercakap pasal Azmin."
Riak wajah Adyan tenang dan dia mengangguk. Aku masuk kebilik dan duduk di atas katil.
"Mana dia pergi, Yan?"aku cuba tabahkan hatiku.
"Dia dah pergi Hani, aku tak boleh bagitahu."
Aku hampa. Inilah perasaan yang sama dia rasa apabila aku tidak maklumkan kepadanya tentang permegianku.
Tiba-tiba Adyan memberiku kotak kecil dan surat kepadaku. Dia menyuruh aku ke bilik dan membacanya. Aku akur
Kotak kecil itu aku buka dan terdapat gelang bermanik kayu milik Azmin. Gelang itu adalah gelang yang sering dipakainya. Aku membaca surat itu.
"sayang, tunggu saya. "
Itu sahaja? Aku bingung.
Hari konvokasi bakal menjelang. Seminggu sebelum itu aku sudah berada di Ireland bersama ibu dan ayahku. Pada hari yang manis itu aku memakai kebaya putih berkain batik untuk menampilkan identitiku sebagai seorang pelajar Malaysia. Aku juga menerima Anugerah Dekan dan merupakan pelajar terbaik untuk subjek Anatomy dan Pathology. Alhamdulillah. Sebaik aku turun dari pentas mengambil skrol aku segera pergi ke ibu dan ayahku. Mereka ku peluk dengan rasa gembira dan terharu. Dapat juga aku membalas budi mereka. Kulihat titis airmata kegembiraan daripada kedua-duanya. Aku meminta diri sebentar untuk ke tandas setelah sesi bergambar.
Tiba-tiba, kulihat kelibat pemuda berbaju kemeja putih duduk di bangku dalam perjalananku. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dia membelakangiku. Aku terus sahaja berjalan ke tandas dan tiba-tiba ada satu suara garau memanggilku lembut. Perjalananku terhenti."Amir Hawani Ishak.."
Aku menoleh. Aku terkedu. Lidahku terkelu. Ya Tuhan, mimpikah aku?
"Hawani, ni Min. Kenal tak? "
Tubuh yang dahulunya agak sasa menjadi sedikit keding . Mukanya agak cengkung dan bagaimana dia berada di sini?
"Macam mana Min ada kat sini?" soalku tergagap.
Dia mendekatiku dan menarikku ke dalam pelukannya. Aku terharu dan menangis dalam dakapannya. Dia memelukku erat. Dan bila masa aku berada di dalam dakapannya itu, aku berjanji tidak akan melukai dan meninggalkannya lagi. Cukuplah sekali aku berperangai agak bodoh.
Dia merenggangkan pelukan dan melutut di hadapanku.
"Amir Hawani, sudikah awak menjadi isteri saya?"
Aku menariknya menghadapku dan mengangguk. Air mataku jatuh kerana terharu. Setelah apa yang aku lakukan kepadanya, dia masih berpegang pada janjinya dan aku berjanji tidak akan mengkhianat janji yang telah aku buat. Azmin Azraie, ketahuilah bahawa aku mencintai dirimu sahaja.
Catat Ulasan