Aku termenung seketika memikirkan jalan hidupku. Ingatkan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah hari. Kini acapkali aku berada di beranda bilikku pada setiap petang kerana memikirkan ranjau dalam perkahwinanku. Firdaus benar-benar merunsingkanku. Kerapkali pulang ke rumah lewat malam pada hujung minggu. Sesunguhnya aku benar-benar tertekan. Mengapa aku diperlakukan sebegini rupa? Salahkah aku kerana mengikut kehendak keluarga? Aku hanya ingin menjadi seorang anak yang mendengar kata ibu bapanya. Aku tahu perkahwinan ini bukan atas dasar cinta, tetapi kenapa Firdaus langsung tidak mahu berusaha untuk membuatkan perkahwinan ini bahagia? Kenapa aku sahaja yang seringkali sedaya upaya mengambil hatimu? Aku kembali teringat peristiwa lalu.
Kedatanganku ke Singapura pada 2002 adalah kerana mengikut keluarga maklongku yang sudah lama tidak menjenguk keluarga sebelah suaminya di sana. Aku tidak menyangka lawatanku ke sana telah menanam rasa sayang keluarga Pak Cik Anuar kepadaku. Sekaligus membuatkan mereka ingin aku menjadi menantu dalam keluarga tersebut agar hubungan kami lebih erat memandangkan aku tidak mempunyai sebarang ikatan dengan keluarga sebelah paklongku itu. Hal ini demikian kerana aku adalah anak kepada adik maklongku, jadi aku tiada sebarang hubungan kekeluargaan dengan keluarga paklongku. Keluarga Pak Cik Anuar takut aku tidak akan berkunjung ke Singapura lagi di masa akan datang.
Mereka benar-benar menyayangiku. Anak-anak Pak Cik Anuar dan Mak Cik Sarimah juga amat baik denganku, terutamanya Kak Ain dan Abang Khai. Kami amat rapat walaupun baru sahaja berkenalan.Semenjak kunjunganku pada hari itu, aku semakin kerap ke Singapura untuk melawat keluarga Pak Cik Anuar dan Mak Cik Sarimah. Namun aku tidak pernah tahu bahawa mereka ingin aku menjadi sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. Sehinggalah pada awal tahun 2008, ibuku memberitahu bahawa keluarga Pak Cik Anuar telah datang merisikku untuk anak lelaki mereka. Aku benar-benar terkejut. "Apa dia ibu, keluarga Pak Cik Anuar datang merisik?"soalku terkejut. "Ya Sabrina, masakan ibu mahu berbohong dalam hal yang sebegini serius."jawab ibuku kembali. Lama aku terdiam sebelum ibuku menyoalku pula. "Sabrina tak setuju ke? Sabrina dah ada calon sendiri?" Aku terdiam sekali lagi.
Sejujurnya hatiku masih belum berpunya, namun aku tidak pasti apakah jawapan yang harus kuberikan kepada ibuku ini. "Ibu, sebenarnya Sabrina belum ada siapa-siapa lagi. Tapi ibu, anak lelaki Pak Cik Anuar dan Mak Cik Sarimah ada dua orang, yang mana satu yang akan dijodohkan dengan Sabrina?"aku mahukan kepastian. Dalam hati aku berharap agar abang Khai yang akan dijodohkan denganku kerana kami berdua sememangnya rapat dan ada chemistry. Berbanding dengan abang Khai, aku tidak begitu banyak bergaul dengan abang Firdaus yang kupanggil abang Fir. Abang Fir cuma setahun tua sahaja dariku. "Kata Maklong kamu, mereka merisik kamu untuk Firdaus."jawab ibuku sejurus selepas itu. "Oh, abang Fir tu."kataku sedikit kecewa. "Kamu setuju ke tak? Kalau setuju, ibu nak beritahu maklong kamu."soal ibu lagi. "Emm.. Sabrina ikut keputusan ibu je, yang mana baik untuk ibu, baik juga untuk Sabrina."akhirnya jawapan itu yang terkeluar dari bibirku.Akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan dan persandingan pada bulan Ogos tahun 2008 itu juga. 4 bulan sebelum tarikh tersebut aku telah ke Singapura untuk berbincang dengan abang Fir mengenai perkahwinan kami, memandangkan kami belum lagi bertemu sejak perbincangan mengenai perkahwinan kami oleh keluarga kami. Aku juga ingin menguruskan urusan pertukaran tempat kerjaku. Memandangkan aku bekerja sebagai akauntan di Syarikat Golden Shine International, jadi mudahlah sedikit untukku bertukar tempat kerja dari Malaysia ke Singapura. Banyak lagi urusan yang perlu aku selesaikan mengenai pekerjaanku dan pernikahanku yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Setibanya di Singapura, aku ternampak abang Fir telah menantiku di kawasan menunggu di lapangan terbang tersebut. Hatiku berdebar-debar untuk menemui bakal suamiku itu. "Assalamualaikum abang Fir."aku menegur. "Wa'alaikumsalam."jawabnya dingin. Aku terkejut dengan perlakuan abang Fir itu. Sangkaku dia akan melayanku dengan ramah dan mesra memandangkan kami akan hidup sebumbung tidak lama lagi. Di dalam kereta Toyota Vios milik abang Fir itu, kami hanya diam seribu bahasa. Namun yang amat menghairankan aku, apabila tiba di apartmen milik keluarganya di Geylang Serai, kelakuan abang Fir berubah sama sekali. Dia amat mesra dan kadangkala memanggilku honey. Aku benar-benar tidak faham. Pada malam tersebut, abang Fir telah mengajakku ke Pulau Sentosa untuk berbincang mengenai perkahwinan kami.
Aku akur. Aku juga ingin mengetahui mengapa sikapnya padaku amat berbeza apabila berhadapan dengan keluarganya.Dalam kereta Toyota Vios yang amat selesa itu, aku langsung tidak merasa selesa dengan keadaan abang Fir yang diam seribu bahasa. Oleh itu aku juga diam tidak bersuara. Di Pulau Sentosa, abang Fir membawaku ke Starbuck Café. Aku memesan vanilla shake, manakala abang Fir memesan vanilla choc shake. Sebaik sahaja pesanan tersebut tiba, abang Fir memulakan bicara yang benar-benar merobek hatiku. "Sabrina, sebenarnya aku tak ada hati pun kat kau. Aku terima kau semata-mata kerana mama dan papa aku yang sayang sangat dekat kau. Aku pernah cadangkan agar kau dikahwinkan dengan abang aku kerana dia lebih rapat dengan kau, tapi parents aku kata kau lebih sesuai dengan aku.
Hish! Entahla, yang aku tahu, aku tak pernah cintakan kau dan tak mungkin cintakan kau!"kata-kata abang Fir itu telah melukai hatiku. Airmata yang sudah lama tidak mengalir, akhirnya jatuh ke pipi jua. Aku tidak mampu menuturkan sebarang kata, sebak sungguh hati ini. "Lebih baik kau simpan sahaja airmata kau yang tak berharga tu sebab lepas ni akan banyak lagi airmata kau yang akan mengalir."kata abang Fir dengan begitu ego sekali. Dia memandangku sinis. "Tapi kau dengar sini, kalau parents aku tahu hal ini, mati kau aku kerjakan!"amaran keras itu amat menusuk jauh ke lubuk hatiku. Kini kutahu mengapa aku dilayan bagaikan puteri raja apabila di hadapan keluarganya dan kutahu juga mengapa aku dilayan ibarat tunggul kayu apabila berdua dengannya. "Andai inilah takdir buatku, aku redha ya Allah."hatiku berlagu sayu.
Rasa bagaikan tidak berharga."Hoi perempuan! Kau nak suruh aku duduk luar ni berapa lama lagi ha?"tiba-tiba suara abang Fir kedengaran dan membawaku kembali ke alam nyata. Kasar sungguh suara suamiku itu. Suara itu hanya kedengaran lembut apabila di hadapan keluarganya dan keluargaku. "Maaf abang, Sabrina ada di bilik. Sabrina tak perasan, abang."jawabku lembut seraya membuka pintu. "Bodoh! Asyik menyakitkan hati aku sahaja!! Tepi!!"jerkah Firdaus dan menolak aku hingga tersungkur menyembah lantai. Dia langsung tidak mempedulikan diriku. Sedihnya hati tidak terperi. Walaupun tubuhku terasa amat sakit, namun hatiku berkali ganda lagi sakitnya. Firdaus terus masuk ke biliknya, iaitu di sebelah bilikku. Semenjak kami berkahwin, kami sudah tidur di bilik yang berasingan.
Sesungguhnya aku tak tahu berapa lama lagi aku dapat bertahan dalam suasana rumah tangga yang amat menyeksakan ini.Perlahan-lahan aku bangun lalu ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk suamiku yang tidak pernah menganggapku sebagai isterinya. Kuseka airmata yang mengalir. Benarlah seperti apa yang pernah Firdaus katakan dahulu iaitu dia akan membuatkan airmata suciku ini tumpah lebih banyak lagi selepas kami berkahwin. "Sabrina, bertahanlah.. jangan menjadi isteri derhaka, jadilah seorang isteri yang solehah dan menghormati suami.."hati kecilku berkata-kata sebagai penenang sekeping hati yang lara. Aku segera menghidangkan nasi, lauk gulai ikan, sayur kailan ikan masin dan daging masak merah di atas meja di ruang makan. Aku menunggu beberapa minit di bawah, namun bayang Firdaus tidak kelihatan.
Aku pun memberanikan diri memanjat tangga untuk ke bilik abang Fir ku itu. Aku mengetuk pintu bilik Firdaus, "Abang Fir, Sabrina dah sediakan makan malam, nanti abang turun ye." "Kau pergilah makan seorang. Aku tak lapar lagi. Tengah malam karang pandailah aku makan sendiri. Jangan ganggu aku dah."walaupun kasar suara itu, namun aku bersyukur kerana tidak diherdik lagi. Lalu aku segera turun dan mengisi perutku yang sedang berkeroncong.
Firdaus yang berada di dalam bilik berasa puas kerana dapat melepaskan amarahnya pada Sabrina. "Padan muka kau Sabrina. Siapa suruh kau terima lamaran keluarga aku."puas rasa hatinya. Tetapi kadangkala terbit juga perasaan bersalah dalam hatinya kerana memperlakukan Sabrina begitu. Sedangkan wanita itu begitu sabar melayan karenahnya yang begitu menyakitkan hati. Selain itu, wanita itu juga sanggup memohon kerakyatan tetap Singapura kerana hendak memudahkan dirinya membeli rumah di situ. Seperti yang ramai sedia maklum, jika sesiapa ingin membeli rumah di Singapura, kedua-dua pasangan suami isteri mestilah rakyat Singapura.
Jadi Sabrina sanggup menggadaikan seluruh hidupnya dan meninggalkan keluarganya yang tercinta di Malaysia walaupun dia tahu bahawa tiada cinta dalam perkahwinan yang perlu dilaluinya. Namun dia tidak melayan sangat perasaan bersalahnya itu dan tetap membenci Sabrina. Dia benci kerana terpaksa mengorbankan masa mudanya untuk bersama dengan wanita yang tidak dikenalinya secara dekat. Dia juga tidak begitu berminat untuk berkenalan dengan wanita itu dengan lebih lanjut sewaktu tahun-tahun sebelumnya seperti abangnya. Abang Khai seperti memendam satu perasaan yang sukar dimengertikan kepada Sabrina. Sabrina juga selalu dipuji oleh abangnya itu. Katanya Sabrina ayu, lemah lembut, pemurah, penyayang dan sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Tapi dia langsung tiada sebarang perasaan kepada perempuan itu. Tiada langsung!
Sesudah menghabiskan makanan dan mengemas dapur, Sabrina segera ke biliknya untuk menunaikan solat Isyak. Esok dia akan kembali ke pejabat setelah cuti hujung minggu. Oleh itu dia ingin tidur awal agar dapat bangun awal keesokan harinya. Hanya dengan ke pejabat sahajalah dia akan berasa gembira. Tidak akan disakiti oleh suami sendiri. Lagipun, dia dapat berjumpa abang Khai yang secara kebetulan bekerja di bangunan bersebelahan dengan bangunan pejabatnya. Dia rasa lebih rapat dengan abang Khai berbanding dengan suaminya; Firdaus. Namun, dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan yang lebih daripada kasih sayang sesama keluarga kerana cintanya hanya pada Firdaus.
Firdaus lebih kacak berbanding dengan abangnya. Sejak pertemuan pertama 6 tahun lalu lagi, dirinya telah terpaut pada lelaki tersebut. Firdaus 6 tahun lalu gemar tersenyum, sungguh bahagia melihat bibir itu mengukir senyum. Namun setelah bergelar isteri kepadanya, tiada senyuman pernah dihadiahkan buatku. "Ah! Buat apa ingat Firdaus, lebih baik aku tidur."getus hatiku lalu menarik selimut dan memadamkan lampu. Pagi itu, setelah menyediakan sarapan, Sabrina terus ke pejabat tanpa menjamah sebarang makanan. Dia tidak mahu bertembung dengan wajah bengis abang Fir.
Biarlah dia bersarapan di pejabat sahaja. Dia yakin abang Khai merangkap abang iparnya akan mengajaknya makan pagi bersama di coffee house berdekatan pejabat mereka. Setibanya di pejabat, Sabrina terus ke biliknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering memainkan lagu No One daripada Alicia Keys. Sabrina terus menekan punat ok dan menjawab panggilan tersebut. "Hello, Sabrina."kedengaran suara si pemanggil. Sudah diketahui empunya suara. "Ya abang Khai. Apa mimpi telefon Sabrina pagi-pagi ni?"kedengaran ketawa kecil di hujung talian. "Ala, nak cakap dengan adik abang pun tak boleh ke? Hehe…"jawab abang Khai. "Eh, adik iparlah, bukan adik abang Khai pun."Sabrina membalas dan ketawa. "Yela, adik ipar je.."jawab abang Khai seakan merajuk. "Ala, abang Khai merajuk ke. Jangan merajuk lagi ye. Nanti cepat tua tau. Em, jom pergi sarapan, Sabrina belanja hari ni.."ajakku untuk memujuk abang Khai. "Ok, abang tunggu kat bawah ye."jawab abang Khai kembali ceria.
Begitulah rapatnya mereka berdua. Sehinggakan ada staf-staf syarikat mereka berdua yang menyangkakan mereka adalah pasangan kekasih dan apabila Sabrina menyatakan abang Khai adalah abang iparnya, ramai yang terkejut. Selalunya Sabrina yang akan menjawab soalan berkaitan mereka kerana abang Khai lebih gemar mendiamkan diri dan tersenyum. Sabrina juga tidak tahu mengapa."Hai Sabrina! Abang kat sini la.."panggil abang Khai apabila melihat aku tertoleh-toleh mencari kelibat dirinya. Aku segera membalas lambaian tangan abang Khai sebaik sahaja melihat wajahnya dan berlari-lari anak ke arah abang Khai. "Abang Khai nak breakfast kat mana pagi ni? soalku sambil berjalan beriringan dengan abang Khai. "Kita pergi makan kat tempat biasa jela ye."jawab abang Khai. Aku hanya mengangguk.Sesudah bersarapan, aku kembali ke pejabat. Aku segera menyiapkan semua tugasan yang tertangguh. Hari ini tidak banyak kerja yang perlu diselesaikan. Sesudah semua tugasan dibereskan, fikiranku kembali terarah kepada minggu sebelum perkahwinanku dengan abang Fir berlangsung.
"Ibu dah nak sampai Singapore ni. Sabrina tunggu jela dekat hotel Grand View tu."ujar ibuku ketika aku menghubunginya untuk mengetahui kedudukan ahli keluargaku. Kedatangan keluargaku pada kali ini adalah untuk membereskan segala keperluan dan kelengkapan untuk perkahwinanku yang akan menjelang seminggu lagi. Walaupun hatiku sakit dan bimbang mengenangkan aku akan melayari alam berumah tangga bersama insan yang tidak mencintai diriku, namun aku tidak mampu untuk menghalang perkahwinan ini dari berlangsung. Aku tidak mahu ibu bapa dan keluargaku berasa malu apabila majlis perkahwinan dibatalkan.
Oleh itu aku hanya mampu berdoa dalam hati agar hati abang Fir akan berubah dan abang Fir akan belajar mencintai diriku. Walaupun aku rasa permintaan dan harapanku itu ibarat anganan Mat Jenin, namun hanya itu yang aku mampu lakukan tika ini."Abang Fir, ibu dah nak sampai kat hotel ni."kataku kepada abang Fir yang turut bersama denganku untuk menyambut keluargaku. Abang Fir ingin mengikutku kerana dia tak mahu ada sebarang kecurigaan dalam hati keluarga kami berdua jika dia tidak menemaniku. Katanya biarlah masalah itu kami berdua sahaja yang tahu. "Hmm.."hanya bunyi itu sahaja yang kedengaran apabila aku memberitahu mengenai ketibaan keluargaku. Sememangnya layanannya padaku amat dingin jika kami berdua-duaan. Entah apalah kekurangan diriku ini."Assalamualaikum ibu, ayah.."ucap abang Fir lalu mencium tangan kedua ibu bapaku. Pandai sungguh dia berlakon.
Aku turut bersalaman dengan ibu bapaku dan ahli keluargaku. Aku dan abang Fir terus membawa mereka ke bilik yang sudah ditempah. Setelah beberapa ketika berehat di dalam hotel dan berbual-bual, tiba-tiba abang Fir mengusulkan untuk membawa ahli keluargaku berjalan-jalan di Singapura. Aku terkejut. Tidak sangka pandai sungguh bakal suamiku ini mengambil hati ahli keluargaku. Adikku, Syamrina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Singapura ini segera memberikan persetujuan. Ibu bapaku juga turut bersetuju dengan alasan mahu mengenali bakal menantu mereka dengan lebih rapat lagi.
Manakala saudaraku yang lain menyatakan yang mereka tidak mahu pergi kerana masih letih. Jadi hanya aku, abang Fir, Syamrina, dan ibu bapaku sahaja yang pergi. Kami menaiki kereta Toyota Vios abang Fir untuk berjalan-jalan. Abang Fir membawa kami sekeluarga ke Kallang Riverside untuk menikmati keindahan pemandangan di situ. Selepas itu, abang Fir membawa kami melalui Arab Street yang kelihatannya ramai orang Islam berlegar-legar untuk membeli barangan keperluan masing-masing. Kemudian kami melalui bangunan Parkview Square yang sangat istimewa kerana bangunan tersebut dibina berdasarkan kepercayaan Feng Shui.
Menurut abang Fir yang begitu petah bercerita, terdapat air yang mengalir dari luar masuk ke dalam bangunan tersebut kerana berdasarkan Feng Shui, air yang mengalir masuk ke dalam bangunan bermaksud semakin banyak kekayaan yang bakal dikecapi. Sungguh canggih bangunan itu di mataku. Sejurus selepas itu, abang Fir berhenti di Merlion supaya kami semua dapat melihat sendiri simbol Negara Singapura. Kami bergambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan. Binaan Merlion itu adalah berupa kepala singa dan badan seekor ikan duyung. Sungguh menarik sekali. Akhir sekali, kami pergi ke Vivo City untuk makan kerana ayahku mengadu sudah kelaparan. Ibu juga ada membeli beberapa barangan di pusat beli-belah itu. Sewaktu perjalanan pulang ke hotel Grand View, abang Fir berjanji untuk membawa kami semua ke Pulau Sentosa dan pelbagai lagi tempat menarik di Singapura apabila ada masa terluang. Selepas menghantar ahli keluargaku ke hotel, aku pulang ke rumah bakal mentuaku yang amat baik padaku.
Dalam perjalanan pulang, aku cuba untuk berbual dengan abang Fir. "Terima kasih banyak-banyak abang Fir, buat susah abang je."aku bersuara seikhlas hati dan tersenyum. Namun tiada reaksi yang ku terima. Tanda abang Fir tidak mahu melayan aku. Aku pasrah.
Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan amat meriah sekali. Aku begitu hairan kerana abang Fir mampu berlakon sebaik itu. Dia melayan tetamu yang datang dengan baik sekali sambil memeluk pinggangku erat. Aku hanya mampu tersenyum memandangkan hampir kesemua tetamu yang hadir adalah teman-teman keluarga mentuaku.Setelah selesai majlis perkahwinan kami di sebelah siang, acara memotong kek pula diadakan pada sebelah malam. Acara yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan teman-teman rapat itu juga berlangsung dengan amat meriah sekali. Aku terlupa seketika masalah yang bakal aku alami selepas berakhirnya majlis yang boleh dikatakan grand itu. Sesudah acara sebelah malam itu berakhir, aku segera masuk ke bilik dan membersihkan diri. Selepas siap berpakaian, aku terus tertidur di atas katil pengantin.
Keesokan paginya, apabila aku bangun dari tidur, kulihat tiada sesiapa di sebelahku dan rupanya abang Fir tidur di atas kerusi panjang di tepi katil. Begitu sekali bencinya dia padaku. Aku terpaksa menerima semua itu walaupun hatiku sedih sekali. Aku sudah dapat membayangkan hari-hari yang bakal aku lalui bersama suamiku itu.Ketukan kuat daripada luar pintu bilikku mematikan lamunanku lalu membawa aku kembali ke alam nyata. "Come in!"kataku kepada setiausahaku di luar. "Mrs Sabrina, this is the finance file of May's International. I'm already finish it."kata setiausahaku, Julia. "Thank you, you can dismiss now."balasku kembali. Tugasan yang baru tiba itu membuatkan aku tidak meneruskan lamunanku, aku segera menyiapkan tugasanku kerana tugas akauntan sepertiku memerlukan penelitian yang tinggi.Setibanya di rumah, keadaan rumahku gelap gelita. "Abang Fir tidak pulang lagikah?"fikirku dalam hati kerana selalunya kalau hari bekerja abang Fir akan pulang lebih awal dariku. Aku memetik suis lampu. Kemudian aku memulas tombol pintu bilik abang Fir untuk memastikan sama ada dia sudah pulang atau belum. Apabila pintu terbuka, aku terkejut kerana mendapati abang fir sedang berselimut dan pakaian pejabatnya juga belum dibuka. Aku segera menuju ke arahnya. Aku memegang dahinya. Panas! Abang Fir demam. Aku berasa kasihan padanya. Lalu aku membukakan tali lehernya dan melekapkan tuala basah di dahinya.
Abang Fir terjaga, namun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi, sekadar membenarkan aku melakukan apa jua pun padanya. Mungkin dia terlalu lemah untuk mengherdik aku tika ini. Selepas aku membersihkan tubuhku, aku segera ke bilik abang Fir. "Abang, abang nak makan bubur?"soalku lembut. Abang Fir hanya mengangguk lemah. Jadi aku pun memasak bubur ikan bilis dan menyuapkan abang Fir. Dia juga tidak menolak ketika aku menyuapnya. Selepas beberapa suapan masuk ke mulutnya, dia menggelengkan kepalanya, "Dah kenyang.."katanya pendek. Aku pun memberi segelas air masak dan sebiji panadol kepadanya. "Abang makan ubat ni, lepas tu tidur ye.. Kalau ada apa-apa , abang panggil Sabrina ye. Sabrina keluar dulu abang."kataku lalu membawa mangkuk bubur ke dapur. Selepas menunaikan solat Isyak, tiba-tiba kedengaran suara suamiku memanggil namaku. Aku segera ke biliknya. "Kenapa abang?"soalku agak bimbang. "Boleh tolong picitkan kepala aku tak..?"soal abang Fir lagi. Perlahan sahaja suaranya. Namun masih beraku kau lagi. Aku pun mengangguk dan segera memicit kepalanya perlahan-lahan. Akhirnya dia tertidur dan aku juga turut terlelap di sisi katil.
Firdaus terjaga dari tidurnya pada pukul 6pagi, namun kepalanya masih berdenyut-denyut walaupun tidak lagi serancak semalam. Semalam dia rasa bagaikan ingin pitam. Semalam juga dia pulang awal ke rumah kerana badannya amat lemah dan dia berasa tidak sihat sejak tengah hari itu. Mungkin kerana terlalu banyak bekerja hingga tidak punya masa untuk berehat. Setibanya di rumah, dia terus ke biliknya dan merebahkan badan ke katil empuknya kerana sudah tidak tertahan rasa sakit kepalanya. Dia juga masih ingat bagaimana baiknya Sabrina menjaga dan melayannya. Menyuapkan bubur ke mulutnya, melekapkan tuala basah di kepalanya dan memicit kepalanya tatkala kepalanya berdenyut-denyut. Sedikit-sebanyak tersentuh juga hati lelakinya itu. Tiba-tiba apabila dia memandang ke tepi katilnya, dilihat Sabrina sedang tidur di situ. Dia benar-benar terkejut kerana Sabrina tidak pulang ke biliknya, tetapi menemaninya di situ. Tuala di dahinya juga masih basah menandakan tuala itu baru ditukar sewaktu dia masih tidur.
Ketika itu dia benar-benar terharu dan terasa bagai benar-benar dihargai. Tiba-tiba dia melihat Sabrina bergerak dan mahu mengangkat muka, jadi dia terus memejamkan kembali matanya.Sabrina tersedar kembali lalu melihat ke arah jam dinding bilik abang Fir itu. Jam sudah menunjukkan tepat 6.15 pagi. Dia segera memegang dahi abang Fir, "Panas badan abang Fir dah surut, bolehlah aku ke pejabat pagi ni."kata Sabrina dalam hatinya. Dia bangun lalu menuju ke biliknya dan bersiap untuk ke pejabat. Kemudian dia ke dapur dan membuatkan sarapan roti bakar bersama horlick panas kegemaran abang Fir lalu membawanya ke bilik abang Fir. "Abang.. Sabrina pergi dulu ye. Nanti abang makan ye. Kalau ada apa-apa, call Sabrina ye."bisik Sabrina ke telinga Firdaus yang dilihatnya masih tidur. Hakikatnya Firdaus menyedari semua perkara yang berlaku. Dia amat terharu dengan segala keprihatinan wanita itu. Tidak disangka layanan buruknya selama ini dibalas dengan layanan begitu baik dari Sabrina.
Handphone Express Music jenama Nokia milik Sabrina berdering tiba-tiba. "Hello."Sabrina menjawab tanpa melihat nama pemanggil. "Hello, Sabrina free tak tengah hari ni?"kedengaran suara abang Khai. "Em, nak ajak lunch ke?"soalku kembali. "A'ah, sudi tak nak makan dengan abang ni?"suara abang Khai seakan memujuk. "Em, oklah, Sabrina pun tak makan lagi dari pagi tadi. Pukul 12 setengah nanti Sabrina turun ye."jawabku memberi keputusan. "Ok, thanks Sabrina." Lalu talian diputuskan. Tengah hari itu, aku turun ke lobi dan berjumpa dengan abang Khai untuk makan sekali. Aku berjalan beriringan dengannya. Abang Khai juga rancak menceritakan kejadian lucu yang baru berlaku padanya sebentar tadi dan membuatkan aku tidak berhenti ketawa.Tanpa disedari oleh Sabrina, rupa-rupanya ada mata lain yang sedang berusaha menahan cemburu dan marah setelah melihat kemesraan Sabrina dan abang Khai. "Cis, aku punya penat drive dari rumah semata-mata nak ajak bini aku lunch, last-last kena tengok kemesraan diorang pulak."marah Firdaus dalam hatinya. Hatinya bengkak melihat isterinya berjalan beriringan dengan abangnya sendiri. "Aku dah agak dah abang aku tu memang ada hati dekat Sabrina. Tak guna betul!"marah Firdaus lagi. Dia yang bersusah payah mahu mengajak Sabrina keluar makan akhirnya hanya pulang ke rumah tanpa menjamah apa-apa pun. Seleranya mati begitu saja.
"Sabrina sayang nak makan apa tengah hari ni?"kata abang Khai dengan pandangan mata menggoda yang sengaja dibuatnya. Aku hanya mengekek ketawa. "Abang Khai cakapla macam tu, report dekat abang Fir nanti."jawabku seakan mengugut. Kemudian berderai juga ketawa kami. "Ha, cakap pasal abang Fir, Sabrina nak telefon dia sekejap ye. Dia demam dari semalam lagi, Sabrina nak tanya dia makan apa tengah hari ni ye. Abang Khai pesanla apa pun, Sabrina ikut saja."kataku lalu mendail nombor telefon bimbit abang Fir. Khairul pula telah memesan nasi goreng kampung kegemaran kami berdua dan jus oren. Berkali-kali aku cuba menghubungi abang Fir, namun telefon bimbit lelaki itu tetap menyuruhnya meninggalkan pesanan suara sahaja. "Tak dapat cakap dengan Fir ke?"soal abang Khai setelah melihat aku gelisah. "A'ah, tak tahu macam mana keadaan dia. Dia ok ke atau still demam lagi. Risau jugak dibuatnya. Orang call handphone, dia matikan pulak."rungutku perlahan. "Abang rasa dia ok je tu. Sabrina jangan la risau sangat ya. Pandailah dia jaga diri."abang Khai cuba menenangkanku. "Takpelah, petang karang Sabrina balik awal sikit."jawabku turut ingin meredakan kebimbangan yang bersarang dalam hati.
Petang tersebut, Sabrina pulang awal ke rumah semata-mata kerana risau memikirkan keadaan abang Fir. Walaupun banyak lagi perkara yang perlu dibereskan di pejabat, dia bertekad untuk membawa pulang semua tugasan itu ke rumah kerana dia ingin menjaga abang Fir. "Assalamualaikum."salam kuhulurkan kepada abang fir. "Wa'alaikumsalam.. hm, ingatkan dah tak ingat nak balik rumah, yela seronok berkepit dengan lelaki lain kat luar tu."ujar abang Fir tiba-tiba. Aku begitu terkejut. "Bila masa pulak Sabrina berkepit dengan lelaki lain, abang?"tanyaku dalam keliru. Seingatnya dia tak pernah keluar dengan lelaki lain selain abang Khai. "Kau jangan nak buat tak tahu Sabrina! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri."kasar suara yang keluar dari mulut abang Fir. "Sabrina cuma keluar makan dengan abang Khai je abang.
Mana ada keluar dengan lelaki lain."ujarku membela diri. "Oh, dengan abang Khai ye. Habis tu abang Khai tu bukan lelaki ke Sabrina? Kau perbodohkan aku ye perempuan!"jerkah Firdaus lagi. Dia tidak tahu mengapa hatinya begitu sakit dan terbakar apabila melihat kemesraan isterinya dengan abangnya. Firdaus terus masuk ke biliknya lalu menghempas pintu bilik dengan sekuat hatinya. Terasa bergegar apartmen tersebut. Sabrina begitu terkejut dengan reaksi Firdaus apabila mengetahui hubungannya yang rapat dengan abang Khai. "Mengapa abang Fir marah sangat?
Takkan dia dah jatuh hati dengan aku kot. Kata takkan jatuh cinta dengan aku. Ish, tak paham betul aku."Sabrina beromong sendirian dalam hatinya. Sememangnya dia tidak faham mengapa Firdaus harus mengamuk hingga sebegitu rupa hanya kerana dia keluar dengan abang iparnya. Dia bukannya membuat perkara yang terkutuk. Akhirnya dia mengabaikan sahaja perasaan peliknya itu. Dia terus memasak makan malam dan meninggalkannya di atas meja makan untuk dijamah oleh Firdaus lalu terus ke bilik untuk berehat.
"Ish! Aku benci dengan perasaan cemburu aku ni. Kenapa dengan aku ni?"Firdaus bercakap sendirian dalam hati. Selepas turut mendengar cerita daripada setiausaha Sabrina siang tadi mengenai kekerapan abangnya dan isterinya keluar bersama, hatinya terus diburu amarah yang amat sangat. Dia juga tidak tahu mengapa dia berasa begitu. Adakah dia berasa tercabar kerana abangnya berjaya menimbulkan bibit kemesraan bersama Sabrina? Tapi tak mungkin kerana dia tidak mencintai Sabrina sekelumit pun. Cinta? Mungkinkah cinta sedang bercambah di sudut taman hatinya hingga membuatkan api cemburu meluap-luap? Dia juga tidak punya jawapan bagi persoalan itu. Akhirnya dia terlelap kerana amat keletihan, tambahan pula demamnya masih belum kebah sepenuhnya dan kepalanya kembali berdenyut kencang.Pagi berikutnya, Sabrina terus ke pejabat selepas menyediakan sarapan buat abang Fir.
Dia tidak ke bilik abang Fir untuk mengejutnya. Hari itu dia hanya menghabiskan masanya di pejabat. Ajakan abang Khai untuk makan bersama turut ditolaknya apabila mengenangkan kemarahan Firdaus petang semalam. Tiba-tiba handphone mahalnya berbunyi menyanyikan lagu Stickwitu dendangan Pussycat Dolls. Dia tahu abang Fir yang menelefonnya kerana ringtone tersebut hanya disetkan untuk nombor abang Fir sahaja. Dia segera menekan punat ok untuk menjawab panggilan tersebut. "Hello sabrina.. abang ni. Boleh tolong bawakan abang ke klinik tak?"pinta pemilik suara itu dengan suara yang amat perlahan dan seolah dalam kesakitan yang amat sangat. "Abang kenapa ni? Abang tak apa-apa?"soalku mulai panik. "Kepala abang pening sangat ni, perut abang pun sakit. Abang gastrik agaknya."jawab abang Fir lagi. "Sabrina balik sekarang."aku menjawab seraya mematikan talian dan mengemas apa yang patut serta segera memandu pulang.Setibanya di kediaman mereka, Sabrina terus ke bilik abang Fir. Dia membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Apabila pintu ternganga, dilihatnya abang Fir sedang terbaring lemah dan wajahnya pucat lesi.
Dia memapah abang Fir ke kereta dan terus memandu ke hospital berdekatan.Doktor menyatakan bahawa Firdaus mengalami demam panas dan gastrik. Doktor juga memberitahunya bahawa Firdaus terlalu banyak berfikir. Jadi dia perlu ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Selepas menguruskan segala hal yang berkaitan dengan kemasukan abang Fir ke wad, Sabrina segera menjenguk abang Fir di biliknya. "Hai, abang. Dah rasa ok sikit?"soalku sejurus memasuki bilik tersebut. Firdaus memandangku sambil tersenyum dan mengangguk. "Thanks Sabrina. Kalau Sabrina takde tadi, tak tahu la apa yang akan jadi dekat abang agaknya." Aku tersenyum mendengar abang Fir membahasakan dirinya abang. "Sabrina, abang minta maaf pasal hal semalam.. Abang emosional sa….." "Sabrina tak simpan dalam hati pun, abang jangan risau ye.. Abang jangan fikir banyak-banyak ye.. Rest your mind ok. Lepas ni Sabrina akan kurangkan waktu bersama abang Khai."aku segera memintas kata-kata abang Fir. "Abang, Sabrina minta diri dulu, petang nanti lepas kerja Sabrina datang ye. Nanti Sabrina apply cuti 3-4 hari tau."kata Sabrina. Firdaus hanya mengangguk dan mula berharap agar suatu masa nanti mereka dapat menjalani alam rumah tangga yang normal. Dia dapat merasakan denyutan nadinya berdegup kencang sewaktu Sabrina memapahnya memasuki kereta. Terasa cintanya sudah mula membuak-buak terhadap isterinya yang telah diabaikan selama ini.
Setelah itu, Sabrina seringkali berulang-alik dari hospital ke rumah. Sepanjang di hospital, Sabrinalah yang menjaga dan menemani abang Firdaus. Selepas hampir 3 hari di wad, akhirnya Firdaus dibenarkan keluar. Sabrina mengemas barangan dan membawa abang Fir pulang. Semenjak peristiwa tersebut, Firdaus telah mula melayan Sabrina dengan baik dan bibit cinta telah mula bercambah di jiwa Firdaus.23 Oktober 2008 merupakan hari lahir Sabrina yang ke 24 tahun.
Firdaus ingin memberikan sesuatu yang berharga kepada Sabrina sebagai tanda kasih sayangnya. Namun, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dilihatnya abang Khai berada di situ bersama seorang anak buahnya. Sabrina melayan abangnya dengan mesra sekali. Terbit rasa cemburu dan bengang kepada abangnya apabila melihat situasi sebegitu. Tiba-tiba matanya terpandangkan sejambak bunga mawar merah serta seekor anak patung beruang di satu sudut sofa rumahnya. Hatinya terbakar, dan wajahnya merah menahan marah. "Eh, abang dah balik. Marilah duduk sekali, minum petang. Hari ini birthday Sabrina."pelawa Sabrina kepada abang Fir. "Nak masuk bilik dulu, tak lapar pun!"jawab abang Fir kasar. Langsung tidak ditegur abangnya.
"Cis, abang aku sengaja nak sakitkan hati aku!"Firdaus benar-benar marah dan geram. Hadiah yang sudah siap terbalut untuk diberikan kepada isterinya dilempar ke tepi sahaja. Habis semua barang-barang di atas meja tulisnya ditolak ke lantai. Firdaus mengamuk sakan di biliknya.Malam tersebut, selepas marahnya reda, Firdaus berhasrat untuk ke bilik isterinya untuk memberikan hadiah berupa seutas rantai berlian kepada isterinya itu. Diketuk pintu bilik Sabrina perlahan, namun tiada jawapan. Diketuk kuat sedikit, juga tidak bersambut. Firdaus mengambil keputusan membuka sahaja pintu bilik Sabrina. Apabila pintu terkuak, dilihatnya Sabrina sedang berbual di telefon di beranda bilik tersebut. "Patutlah tak dengar orang ketuk pintu, tengah berbual rupanya,"omel hati Firdaus. Cemburu mula menjalar ke dasar hati. "Siapa yang telefon dia malam-malam ni."hatinya berkata lagi. Lalu dia segera bergerak menuju ke arah Sabrina dan tahulah dia Sabrina berbual dengan abangnya. "Arghh!! Lelaki tu lagi! Tak guna! Bini aku pun dia nak ke!"hati lelaki Firdaus menjerit-jerit.
Segera dirampas telefon bimbit di tangan Sabrina dan dimatikan terus. Sabrina yang sedang rancak berbual tergamam seketika. "Bila masa abang Fir masuk sini? Kenapa dia rampas telefon aku?"persoalan tersebut bermain di benaknya sahaja kerana dia tidak berani bersuara memandangkan air muka Firdaus amat bengis sewaktu itu. Selepas beberapa ketika, berlakulah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, "Esok Sabrina jangan pergi kerja! Kita pergi rumah mama untuk settlekan hal ni dengan Khairul! Abang tak peduli!"Firdaus memberi kata putus lalu keluar dari bilik Sabrina dan menghempas pintu bilik tanda protes.
*"Eh, Fir dengan Sabrina, masuklah."mama menjemput kami masuk ke rumahnya. "Kenapa datang hari kerja ni?"soal mama hairan. Lebih hairan lagi kerana wajah kami berdua keruh sahaja. "Abang Khai ada mama? Kami ada perkara nak dibincangkan dan diselesaikan dengan abang."Firdaus bersuara. "Khai! Khai!"mama memanggil. Akhirnya Khairul muncul. "Abang! Apa hubungan abang dengan isteri saya, ha?"Firdaus terus melepaskan amarah yang terbuku di hatinya sebaik sahaja wajah Khairul muncul. Semua yang berada di situ terdiam kerana tidak pernah dilihat Firdaus berang sebegitu rupa. "Fir, apa yang Fir cakapkan ni? Abang tak faham."soal Khairul tenang. "Abang jangan nak berpura-pura lagi! Abang datang jumpa Sabrina masa Fir tiada! Abang call dia tiap-tiap malam! Apa tu abang? Apa tu hah?!!"Firdaus semakin naik angin apabila mendengarkan jawapan abangnya itu. Semua yang melihat hanya diam seribu bahasa. Takut melihat Firdaus yang seakan hilang akal tika itu. "Fir, abang.. Fir dah salah faham tu.."jawab Khairul lagi. "Apa yang Fir dah salah faham?!! Mata Fir tak buta lagi tahu! Apa perasaan abang pada isteri Fir hah?!!!"suara Firdaus semakin meninggi. Matanya tajam memandang
Khairul seolah sedang menunggu untuk membaham mangsanya. "Baiklah, kalau Fir nak tahu sangat, abang sememangnya begitu mencintai Sabrina.. Sangat cintakan dia.. tapi.."perlahan suaranya dilontarkan. "Apa??"Firdaus terus mencekak leher baju Khairul dan bersedia untuk menumbuk, sebelum mama menahannya. Sabrina terasa nafasnya sesak sebaik sahaja mendengar pengakuan Khairul. Hakikatnya semua penghuni rumah tersebut amat terkejut mendengar pengakuan Khairul. "Fir, sabar banyak-banyak nak.. Tunggu abang kamu habiskan ayatnya dulu ya."mama menenangkan Firdaus. Sabrina turut memegang lengan Firdaus."Tapi percayalah Fir, Sabrina sikit pun takde hati dekat abang ni. Dia cintakan kamu Fir. Dia tak pernah cerita pada abang yang rumah tangga kamu ada masalah, tapi abang perasan sendiri cara kamu layan dia. Jadi abang sengaja cuba meredakan kesedihan Sabrina dengan mengajaknya keluar, berbual dengannya. Abang ingat kamu tak kisah sebab kamu tak cintakan dia. Tapi rupanya abang silap.."Khairul bersuara sayu. Firdaus yang sudah kembali tenang pula bersuara, "Sabrina isteri Fir abang, mustahil Fir tak sayang dan cintakan dia.." Aku mendongak memandang Firdaus seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Firdaus menyambung ayatnya, "Memang benar sewaktu awal perkahwinan kami tiada langsung rasa cinta dan kasih di sudut hati.
Tapi selepas beberapa lama, Fir tahu Fir dah jatuh hati pada Sabrina dan Fir takkan lepaskan dia walau apapun yang berlaku." "Maafkan abang Khai, Fir.. Sabrina.. Semoga kamu berdua bahagia.."ujar Khairul sambil tersenyum. Walaupun hatinya sedih, namun dia rela kerana adiknya bahagia. "Sabrina sayang.. abang minta maaf atas segala tingkah laku buruk abang sebelum ni. Abang berjanji takkan mengulanginya lagi. Abang sayang Sabrina.. Love you, honey.."bisik Firdaus ke telingaku. Aku memandangnya seraya mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman bahagia padanya. Firdaus memegang erat pinggangku dan mengucup dahiku. "Terima kasih ya Allah.. Semoga rahmatmu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami. Kesabaranku terbalas jua."hatiku berbicara riang.
Penulis :BabyWIng
wekk
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/07/taipanqq-manfaat-air-kelapa-untuk.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong
Judi itu haram, apA pun bentuknya dan caranya😷