• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

Senarai Cerpen Kawan2 Akan Terbit Di blog nie

1-Skrip malam keinsafan 2-Lelaki pelik pernah aku jumpa 3-Hate, But I Love You 4-Akhir Derita Ini dan ada beratus cerpen untuk tatapan semua kredit harus diberi pada penulis2 cerpen pendek ini kerana mempunyai idea2 yang bermutu tapi tiada arah terima kasih....p/s penulis bukan seorang penulis cerpen tapi sekadar berkongsi cerpen yang ada dalam simpanan penulis

Pintaku yang terakhir!

"Zam..Kenapa dengan kau ni?", Ifa cuba bertanya kepada buah hatinya itu.
"Takde apalah.Aku nak balik".ujar Zamri ringkas.
"Aku pun nak balik.", Setelah menghantar assignment Pn.Junaidah, Ifa segera membontoti Zamri.

Sepanjang perjalanan di dalam bas, Zamri lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah yang ditanya Ifa sepatah la yang dijawabnya. Tak berapa lama kemudian, Zamri bersuara.
"Kau tahukan aku macam mana? Tapi, kau saja nak kasi aku angin duduk sebelah Saiful. Tak boleh kau duduk atas kerusi? Kenapa mesti dekat sebelah dia atas meja?" Luah Zamri dengan perasaan bengang.

Ifa memang dah agak.Mesti sebab dia duduk sebelah Saiful Zamri jadi macam ni. Susah betul nak terangkan pada Zamri. Buah hatinya ini tak pernah nak memahami situasi. Ifa lebih rela diamkan diri dari menjawab setiap soalan dari Zamri. Jiaka dijawab katanya alasan. dia berpaling ke luar bas. Sakit hati melihat muka Zamri seperti orang tertelan cuka. Masam!

"Kalau kau sukakan dia pergilah kat dia"
Ah, sudah! Macam budak-budak lah dia ni. Nak tak nak terpaksalah Ifa memujuk dan mengaku kesilapan dia.
"Okey! Aku minta maaf. AKu tak sengaja. Sape pulak kata aku nakkan si SAiful tu. Kau ni aku nak letak mana? Dah lah tu Zam. Aku tak suka nak gaduh macam ni. Hari ni aku belanja kau makan ok." Zamri masih masam.

"Janganlah macam ni sayang. Lain kali aku tak buat lagi. Please!" Zamri menoleh ke arahnya. Digenggam tangan Ifa. Ifa menarik nafas lega. Susah juga dapat kekasih macam ni. Kuat cemburu. Nak memujuk satu. Semua benda yang dibuat ada je salahnya. Sabar jelah Ifa!

**************************************************************************************

Ifa terdiam. Tak tahu apa lagi yang mampu dia lakukan. Bukannya dia tak pesan pada Zamri. Tapi, Zamri sengaja mengambil sikap sambil lewa. Tak pernah nak serious. Kadang-kadang kalau diikutkan hati nak aje dia tinggalkan Zamri. 5 tahun menjalin cinta tapi Zamri sering mengambil mudah tentang pelajaran. Sekarang!

"Macam ni yang kau nak buktikan pada mak ayah aku? Kau memang tak sayangkan aku Zam" marah Ifa.
"AKu dah cuba.Tapi,ternyata aku tetap gagal." Zamri rasa bersalah. Bukan dia tak sungguh-sungguh nak belajar. Kadang-kadang dia teringatkan pesan Ifa supaya dapat keputusan cemerlang. Sekali dua dulu repeat paper boleh lagi Ifa bantu. Tapi, kalau dah kene tendang macam ni..nak grade pun tak dapat. Ternyata dia dah banyak kecewakan Ifa. Nak tunjukkan muka kat mak ayah kat kampung pun rasa berat je hati nak balik.

"Ini kata kau cuba. 2 pointer pun tak sampai. Assignment yang aku pesan tiap-tiap hari. Ada kau buat? Duit yang aku kasi untuk print out paper, mana kau belanjakan. Beli rokok kan? Dahlah janji kau pada aku nak berhenti rokok kau tak tunaikan. Suruh beri tumpuan pada study pun tak dapat. Macam ni ke calon suami aku.bukan minta kau bagi harta kekayaan kat aku. Cukuplah kalau kau berpelajaran. Itu pun susah sangat ke Zam?" hari ni segalanya mesti diluahkan.

"Macam-macam alasan aku bagi kat mak untuk tangguhkan pertunangan aku dengan Amir. Aku nak kau buktikan kau bukan lelaki yang takde apa-apa. Kau ingat mak aku suka menantunya macam ni. Mak kau pun belum tentu benarkan anak dia kahwin dengan anak orang kalau macam ni. Time study aku bukannya tak pernah rindu nak jumpa kau, bukannya tak pernah nak keluar jalan-jalan dengan kau. Tapi time study aku study. Kau dah lupa ke kita ada tanggungjawab pada keluarga lagi."

Zamri dah tak tahu nak kata apa. Kali ni dia tewas. Dia terpaksa lepaskan Ifa. Tapi, hatinya terlalu sayangkan gadis di depannya. Belum pernah ada perempuan yang terima dirinya seadanya. Dia bukanlah sekacak mana. Nak kata kaya, selalu sangat dia balik ke rumah minta duit pada mak. Kadang-kadang Ifa sendiri hulurkan bantuan ketika dia sesak. Dia betul-betul silap.

Ifa tak macam gadis lain. Macam-macam yang Ifa korbankan untuk Zamri. Dulu time handphone Zamri rosak, Ifa pinjamkan dulu handphonenya. Tapi, Zamri hilangkan. Maknya bising betul bila dapat tahu. Siap nak gantikan untuk Ifa. Tapi perkara tu berlalu macam tu jer. Ifa bukanlah anak orang kaya. Dia sendiri ada keluarga untuk ditanggung. Semua yang dibuat bukan sekadar cinta semata-mata.

"Kau kena ingat ZAm. Apa yang aku buat ni semua nak bantu kau. Aku tak nak kau terkandas. Kalau boleh aku nak kita sama-sama berjaya. Biar orang pandang kau hebat. Apalah gunanya aku kalau tak boleh nak bantu kau." Itulah yang sering Ifa ungkapkan padanya.

Bila dilihat muka Ifa, hatinya jadi serba salah.
"Maafkan aku!" Itu aje yang terluah dari mulutnya.
"Kalau kau minta maaf aku boleh maafkan. Tapi apa aku nak jawab pada mak. Kau dah lah takde kerja tetap. TAkkan aku lebih tinggi dari kau. Sekurang-kurang...entahlah. Kalau aku cuba,mungkin itu nasib kau dan itu jodoh kita. Aku percaya mak aku akan buat yang terbaik untuk aku. Kau baliklah dulu. MAlam nanti aku call".

Begitu mudah Ifa memaafkannya. Kata-katanya membuatkan Zamri semakin bersalah. Entah berapa kali Ifa memaafkannya. Tapi Ifa tetap bersabar dan terus setia dengannya. Macam mana lah dia nak lepaskan gadis ini? Tapi,dia takde kejayaan yang membantu dia memiliki teruh hati gadis ini. Dia akur, sekurang-kurangnya dia perlu ada aset untuk meminang gadis ini. TAkkan nak amik anak orang macam tu jer.

*************************************************************************************************

Mak dan ayah berpandangan sesama sendiri. Inilah satu-satunya anak bongsu mereka yang tinggal. Hati ibu mana yang tak mahu lihat anaknya bahagia.

"Kenapa kau tak bagitahu dari dulu lagi? Kan senang nak jawab pada keluarga Amir tu. Ini tidak buat orang tertunggu-tunggu jer."

"Bukan Ifa tak nak bagitahu mak. Ifa takut mak tak sukakan Zamri. LAgipun dia masih belum grade lagi. Nanti mak mesti bising sebab dia takda apa-apa macam Abg Zairi ker, Abg Zaidi ker?"

"Tak boleh ker tunggu dia dapat kerja dulu?" ayah bersuara.
"DAh lama kitorang kawan ayah. nanti apa pulak kata orang. Tak boleh ker kitorang nikah dulu."
"Ini dah kira gatal sangat nak kahwinni. Ikut kau la. TApi, kalau ada apa-apa masalah jangan kau cari mak. Ader jodoh baik kau tolak. NAk juga si Zamri tu. Entah apa yang dibanggakan sangat tak tahu mak. Dari dulu lagi mak perasankan budak ni. Macam tu jer!" mak setuju tapi masih nak menungkit.

*************************************************************************************************

Hampir setahun mereka berumahtangga. Ifa sering sibuk di lokasi dengna filem terbaru yang akan diterbitkan nati. Zamri secara tak lansung bekerja disampingnya. Isteri mana sanggup lihat suaminya hidup tanpa pekerjaan. Apa yang mampu di bantu, itu sajalah dayanya sebagai perempuan.

Mungkin kerana terlalu sibuk kedua-dua mereka tidak mahukan kehadiran anak. Namun, Kedua orang tua mereka mendesak untuk melihat cucu. Tambahan lagi keluarga Zamri. Zamri anak sulung sudah tentu itu saat-saat yang dinantikan keluarganya.

Kandungan Ifa mencecah 5 bulan. Dia dah tak terdaya untuk turun ke lokasi melihat kru-krunya bertugas. Bukan dia tak nak turun tapi Zamri sendiri mendesaknya tinggal saja di rumah. Zamri seorang yang menggantikan tempatnya. Akhirnya dia berbangga dan mampu tersenyum melihat suami tercinta berubah. Sikapnya yang cemburu ketika sama-sama study dulu tidak ada lagi. Malah dia lebih rajin di saat Ifa mengandungkan anak pertama mereka. Semua kerja rumah diuruskan oleh Zamri. Nak upah orang gaji tak dikasinya. Tapi itujanji dia ketika bercinta dulu sering mereka berbicaraang kahwin. Kalau dia mengandung memang Zamri akan ambil alih tugas harian di rumah.

**************************************************************************************************

Entah kenapa Zamri sering tidak pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Ada juga Ifa menghubungi nya tapi tak dapat. Ndak tak nak dia try call Pembantu peribadinya di lokasi. Katanya shooting dah tamat. Tapi kenapa Zamri masih tak pulang. Bila ditanya ke mana. Katanya dia sibuk menguruskan seorang talent baru. Mungkin ke pejabat menguruskan production.

Lama juga dia tak ambil tahu hal pejabat. Duduk rumah pun bukan ada apa yang hendak dibuatnya. Tapi perut dah memboyot. entah 2-3 hari lagi meletop lah dia.
'Hai baby! Nanti bila keluar jangan jadi macam ayah tau. Jadi macam mak.' getus ifa sendirian.

Malam ini juga Zamri pulang lewat. Mungki di pejabat. Tergerak hatinya utnuk menjenguk suaminya. Di capai kunci kereta dan memandu ke arah pejabat. Dia tersenyum melihat kereta Zamri ada di situ. Kesian suaminya. Bertungkus lumus membantu untuknya.

Nasib baik lah lif pejabatnya baru dibaiki. Kalau tidak jenuh jugak dia nak memanjat tangga. Sampai di depan pintu pejabat sunyi. Tapi lampu terpasang. Dia segera masuk ke biliknya.

"Abang!" alangkah terkejutnya Ifa melihat suami sendiri bersama perempuan lain di situ dalam keadaan yang cukup memalukan.

Air mata tak tertahan lagi. Dia segera berlari keluar. Tak dihiraukan perut yang memboyot. Digagahkan jugak kaki menuju ke kereta. Zamri segera berlari mendapatkan Ifa. RAsa kesal semakin menjadi.

Ifa semakin laju. Hatinya terlalu sakit melihat perlakuan suami. Setelah bertahun-tahun dia berkorban dan bersabar dengan kerenah Zamri. Ini yang dibalasnya. Tak cukup ke kasih sayangnya selama ini? Anak dalam kandungan ini bukti cintanya pada Zamri. Apalah nasibnya sebagai seorang isteri.

"Sayang!" jeritan Zamri kedengaran. Dia terasa ingin mencabut telinganya agar tak didengari suara lelaki itu.

Zamri segera mencapai tangan isteri.
"Kenapa datang sini seorang diri?"
PANGG!!! Satu tamparan melekat pada pipi Zamri. Kenapa? Kepala hotak dia tanya kenapa? Kalau dia tak ke sini dia takkan tahu apa yang terjadi.
"Lelaki jenis apa kau ni?Kau tanya kenapa aku ke sini?Kau memang takde perasaan Zamri.i hati kau buat aku macam ni?Betapa susahnya aku nak hidup dengan kau.Anak dalam perut ni...aku bawa ke hulur ke hilir untuk kau. Ini yang kau balas. Tak cukup ker apa yang aku tanggung dulu sebelum kita kahwin haa?" Ifa menjerit sekuat hati.

Perutnya terasa sakit. Kali ini dia terasa seperti ingin melahirkan anak. Dia hampir terkulai. Zamri memapahnya. Hatinya rasa tidak keruan melihat si isteri. Dibawanya Ifa ke hospital. Setibanya di hospital di di usung ke wad pembedahan. Sebelum masuk dia sempat berpesan pada Zamri.

"Aku tak rela kau yang pelihara anak aku.Cukuplah dia kenali kau sebagai ayah.Jangan kau tinggal sebumbung denngannya"

"Sayang. Jangan cakap macam tu. Abang masih cintakan sayang. Abang minta maaf."

Berlalu si isteri bersama doktor ke dalam wad.Zamri resah di luar. bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Dia benar-benar menyesal. Dapatkah Ifa memaafkannya kali ini? Ah, Suhaila tula puncanya. Kenapa mesti dia tertarik pada perempuan itu. Dia ada isteri yang setia. Ya Allah apa yang aku lakukan ini? Kau ampunkanlah hambaMu ini.

Setengah jam berlalu, tangisan anaknya kedengaran. Dia tersenyum. TApi, dia lebih khuatirkan isterinya.

Doktor keluar dan segera menyampaikan amanat kepada Zamri.
"TAhniah.Anak lelaki awak selamat. Isteri awak minta saya sampaikan yang dia tetap maafkan awak."

"Dia macam mana doktor?"
"Maafkan saya. Isteri awak selamat kembali kepada Nya.Banyak-banyakkanlah bersaabr. Syukur kemaafan sempat diberi. Awak boleh melihat dia di dalam"

TAk! Tak mungkin...Ifa...
IFA sayang! Kenapa tinggalkan Abang?

"Ifa!!!" jerit Zamri di situ. Doktor cuba menenangkannya. Namun segalanya terlambat.




Buat Ifa semoga rohnya dicucuri rahmat.
Buat Zamri semoga menjadikan hidup yang mendatang lebih bermakna.
Buat RAzif terimalah kenyataan hidup dan jadilah anak yang soleh.
Amin!
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh Insan Biasa edit post

Lelaki pelik pernah aku jumpa by suri_maia

Kelas pengurusan pemasaran yang baru sepuluh minit bermula terganggu tatkala seorang lelaki sibuk mencari tempat duduk. Kebetulan tempat duduk di sebelahku memang kosong. Kelam kabut dia mengeluarkan nota dan pensil dari fail di tangannya. Aku hanya memerhatikan sahaja tindak tanduknya tanpa melihat wajahnya. Sedikit sebanyak dia mengganggu tumpuanku. Tiba-tiba kami berpandangan, aku tersentak lantas memandang ke hadapan semula. Setengah jam berlalu, aku mula merasa bosan. Aku menaikkan kakiku ke atas kerusi dan bersila. Lenguh berlunjur."Ada gewe?" Spontan aku memandang Azie, rakanku di sebelah. Azie memandangku."Kenapa?" Azie menyoalku.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin aku salah dengar agaknya. Mungkin dia tanya orang belakang, mesti, wajib!Aku meneruskan konsentrasiku pada kuliah."Ada gewe?" Soalan itu bergema lagi. Aku tidak berani memandang wajahnya. Takut aku sendiri salah faham. Aku mendiamkan diri. Lama, kemudian aku mencuit Azie."Azie, budak sebelah ni tanya Dya ada gewe ke tak. Tapi Dya tak pasti dia tanya Dya ke tak sebenarnya.""Ha?" Azie menaikkan kening ala-ala Ziana Zain. Azie menjengukkan sedikit kepalanya untuk melihat lelaki di sebelahku."Hensem Dya." Aku mengerutkan dahi, hensem? Aku rasa biasa je. Aku mengangkat bahu. Malas memikirkan betul ke tidak lelaki tersebut menujukan soalan cepumas itu kepadaku atau orang lain. Malu untuk bertanya kembali, karang kalau salah dia kata aku muka tak malu. Huhuhu..

"Awak, awak.." Aku berpaling ke belakang. Sah memang dia panggil aku. Eh! Budak laki yang tanya aku ada gewe ke tak tulah. Apa mimpi dia tiba-tiba panggil aku ni. Dia menghampiriku dengan seorang rakan."Awak dah siap ke assignment yang pensyarah bagi dulu tu. Kalau dah siap nak tiru." Mak aih! Straight to the point betul mamat ni. Bukan kata nak pinjam ke nak bincang, terus cakap nak tiru. Mana boleh! Penat aku bersengkang mata buat tahu!"Tak siap lagi." Aku menipunya. Hehe.."Tak siap lagi? Mmm.. boleh tak saya nak nombor telefon awak, senang saya nak mintak assignment dari awak." Alamak, mamat ni. Spoil betul, agak-agaklah nak mintak. Nak bagi ke tak nak, bagi ke tak nak. Bagi jelah. Lagipun mamat ni boleh tahan juga sebenarnya. Menyempat lagi Dya ooiii!"Ambil ni, 012234567." cepat tangannya mendail punat-punat telefon."Nama?" Dia bertanya lagi. "Dya." Jawabku pendek. "Oo.. Dya nama awak ye." Tiba-tiba rakan di sebelahnya menyampuk. Aku tersenyum."Awak miss call sayalah." Aku memberi arahan padanya. Dia mengangguk lantas menekan butang panggilan. Diletakkan telefon rapat di kepala. Kemudian dia mengangguk tanda sudah selesai miss call."Nama?" Aku bertanya pula padanya. "Taufiq." Aku mengangguk lantas meminta izin untuk pergi."Nanti dah siap jangan lupa bagitahu tau." Aku tersengih. Jangan haraplah aku nak bagi. Hahaha.. gelakku jahat tapi di dalam hati.

Sejak pertemuan tersebut aku langsung tidak menemuinya. Malas aku mahu memanjangkan cerita walhal aku sendiri tidak mahu menyusahkan diri membantunya. Biar dia cari sendiri. Aku termenung di hadapan lif sementara menunggu lif sampai. Azie sudah lesap kerana hendak berjumpa pensyarah akademiknya. Aku pula mahu menemui pensyarah penyelia yang memantau projekku semestar depan. Lif terbuka, aku terkejut kerana di hadapanku adalah Taufiq. Dia juga seolah-olah terkejut melihatku."Hai!" Dia menyapaku. Aku tersenyum."Dah siap dah assignment?" Ah! Luntur semangatku. Apa dia ingat aku ni muka buat assignment apa! Bengang aku."Sikitlah." Acuh tak acuh aku menjawabnya. "Nak YM awak."

Adusss... ni aku lemah ni."Ha?" Aku mengerutkan dahi. Sebenarnya aku rasa macam dah berkenan je kat mamat ni. Walaupun dulu aku kata dia tak hensem tapi sekarang nampak sweet lah pula."Saya nak YM awak." aku tergaru-garu kepala. Perasaanku masih berbelah bagi samada hendak memberinya atau tidak."Awak add saya, ni alamat e-mail saya." Ujarnya sambil memberikan sekeping kertas kepadaku apabila melihatku masih ragu-ragu."Ok!" Kataku sambil menekan butang lif.Malam itu kami berchatting. Aku tidak memberinya secara langsung semua assignment yang telah aku buat tapi aku memberinya laman web yang berkaitan. Dia mengeluh dan mengatakan aku kedekut tapi apa aku peduli. Sempat lagi kami berbincang tentang perkara peribadi tapi dia banyak berahsia. Akhir sekali kami bergaduh. Pelik aku, baru pertama kali berborak dah gaduh. Tapi aku sudah merasakan kelainan di dalam hatiku. Sejak hari itu, kami mula berchatting namun selalunya diakhiri dengan pergaduhan. Kadang-kadang aku tension tapi kadang-kadang aku rindu pula padanya. Tapi yang peliknya, kalau dia online, dia mesti invisible. Lama-lama dah jadi tabiat, aku tunggu dia setiap malam untuk berchatting dan kadang-kadang sanggup aku bersengkang mata semata-mata menunggu dia mem"buzz"ku.

Mana aku nak tahu dia online ke tidak. Diakan invisible, nak tak nak aku terpaksa penunggu setia. Huhu.. sanggup aku jadi begini. Tulah, dulu kata tak hensem sangat, sekarang siapa melekat. Suatu hari kami berchatting."Awak, betul ke awak tanya saya ada gewe ke tak masa tu?""Ye, saya tanya awaklah tapi awak diam je." Aku tersengih. Sah! Sah!"Awak dah ada makwe?" aku menaip perlahan kemudian lama baru aku menekan enter."Belum.""Kenapa?""Saya nak cari makwe yang pikat saya dulu." Mak aih!! Biar betul dia ni, punah harapan aku. Huhu.. Takkanlah aku nak pergi mengorat dia pula."Kenapa?" Aku bertanya lagi."Bosan, asyik saya aje yang mengorat. Biarlah perempuan pula mengorat saya. Barulah thrill" Thrill kepala hotak dia. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. Melepaslah aku. Aku ni pemalu, sampai kiamat pun aku takkan mengorat dia. Tapi hati aku dah berkenan. Macam mana ni.. Maakkkkkkk, tolong anakmu ini.Suatu hari dia meluahkan perasaan sedihnya kepadaku juga melalui YM, dia ni kedekut nak mampus. Aku mesej bukan nak balas. Tak ada kredit katanya. YM jelah yang kami mampu. Tiba-tiba je mamat ni sedih. Tak apa, tak apa.. aku layan.

Macam-macam yang diceritanya. Tentang ketidak puasan hati tentang budak-budak kelasnya padaku."Tak apa, awak sabar ye!" aku memujuknya. Ceh, seakan aweknya sahaja lagaknya."Tapi, sampai bila saya nak bersabar. Saya tertekan. Lagipun saya sunyi. Budak kelas semua tak best.""Awak ni, nak belajar ke nak bercinta dengan budak kelas. Abaikan jelah diorang tu, concentrate kat belajar." Aku memujuknya lagi."Saya rasa nak extendlah." Tiba-tiba dia mengeluarkan pendapatnya. Aku terkejut."Suka hati awaklah, awak yang nak belajar. Tak apa, saya tunggu awak." Lancar tanganku menaip. Alamak! Salah taip."Awak nak tunggu saya?""Err.. maksud saya, saya tunggu awak sambil belajarlah kat sini. Maksudnya, saya ada kat sini, belajar." terbelit-belit aku menyusun ayat. Ah! Gasaklah. Dia terus terdiam selepas itu, ni yang aku masak sangat ni. Mendidih betul, suka masuk dan keluar sesuka hati YM tanpa memberitahuku. Lama aku tunggu, sah dia dah tidur. Malaslah nak layan dia. Perangai memang pelik, macam batu, tak ada perasaan. Benci!! Batu? Ha, memang sesuai dengan perangai kau. Sesuai aku panggil kau batu. Lelaki pelik pernah aku jumpa, batu!

Semester hadapannya.Alamak, aku rindulah kat Batu. Tapi semester ni tak ada kelas yang sama dengan dia. Sedihnya. Tak apa, tak apa. Aku masih lagi boleh bermesej dengannya. Tapi seperti biasalah, dia memang kedekut. Mesej aku sesekali sahaja dia membalasnya. Aku jadi tension kadang-kadang. Dia ni pergunakan aku untuk buat assignment dia je ke, tapi kenapa dia tanya aku ada gewe ke tak dulu kalau dia tak berkenan. Macam-macam persoalan yang tak mampu aku tanyakan padanya. Malu sebenarnya berterus terang padanya.Suatu hari sesuatu yang buruk terjadi padaku. Aku di ragut, segala benda hilang, dompet, telefon bimbit. Aku langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan. Mujur rakan sebilikku memahami keadaanku dan meminjamkan telefon bimbitnya. Syukur, di kala kesusahan ramai membantuku. Tengah malam itu juga polis menelefonku dan memberitahuku bahawa peragut sudah dikenalpasti. Lantas aku bersiap-siap mahu ke balai polis. Nini, rakan sebilikku menghalangku pergi bersendirian. Aku teringat Batu, nombornya memang selalu dikepalaku. Mana tak ingat, aku selalu praktis hafal nombor telefonnya, tak sangka berguna di saat kesusahan. Nombor telefon orang lain memang aku tak ingat dah."Hello, Taufiq" Aku memulakan perbualan.

Sebak aku rasakan ketika itu."Hello, siapa ni?" Dia menyoalku kembali."Ni Dya. Taufiq boleh tak tolong Dya. Temankan Dya ke balai polis?""Ha, ke balai polis? Nak buat apa?" Alamak, banyak songeh pulak mamat ni."Saya ada hal nak ke sana, boleh tak awak temankan, saya takut nak pergi seorang sebab dah jauh malam. Boleh tak?" aku bertanya geram. Masa macam nilah dia nak banyak soal. Aku ni dahlah banyak masalah."Yelah, tapi kenapa?""Tak apalah kalau tak nak temankan. Ok, Bye!" Aku memang sangat beremosi ketika ini. Sensitif!"Nanti, nanti. Ok, saya temankan. Kita nak naik apa ni?" Dia bertanya bodoh. Rasa macam nak bagi sedas penumbuk je sebab bagi soalan bodoh tu kat aku.

Dahlah sebak aku tak hilang lagi ni."Awak naik motor awak, saya naik motor sayalah." Tergagap-gagap dia menjawap sebelum aku meletakkan telefon. Tergesa-gesa aku ke bilik azie untuk memintanya menemankan aku. Tanpa banyak soal Azie bersiap. Belum sempat aku ke tempat parking motor, sebuah kereta kelisa putih memberi hon. Kami berdua terkejut. Batu!Dia membuka pintu kereta."Dya, cepat masuk!" Ujarnya garang memberi arahan. Aku memandang Azie, cepat-cepat Azie menarik tanganku supaya memasuki kereta. Di dalam kereta aku menerangkan tentang apa yang terjadi padaku. Dia mengangguk-angguk tanpa sebarang kata. Sampai di balai polis, dia menungguku di luar. Teman lelaki Azie juga datang ke balai polis. Mungkin Azie memberitahunya tadi. Azie memberitahu bahawa teman lelakinya membawa kereta. Aku sebenarnya tidak mahu menyusahkan Taufiq sebenarnya. Aku bertanyakan pada Azie samada teman lelakinya sudi atau tidak membawa kami pulang dan aku boleh menyuruh Taufiq pulang terlebih dahulu. Azie berbincang dengan teman lelakinya dan kemudian mengangguk padaku."Awak, awak baliklah dulu." Aku menyuarakan pendapatku."Kenapa?"

Dia bertanya kembali."Sebab dah malam ni, entah-entah prosesnya lambat lagi." aku memberikan alasan yang ku anggap kukuh."Tak apa, kita tunggu." aku kehilangan kata-kata. Biarlah dia nak tunggu. Lama sikit aku berdate dengan dia ni. Lama tak jumpa, rindu. Huhu..Hensemlah dia ni, tapi kenapa aku tengok dia makin kurus? Tiba-tiba aku ternampak Firdaus, polis merangkap rakanku. Macammana aku boleh terlupa aku ada kawan polis ni. Aku mendapatkannya. Firdaus tergelak apabila mendapat tahu akulah sebenarnya mangsa ragut yang disebut-sebut tadi. Ceh! Bukan nak bersimpati, katak puru betul! Aku menyepak kaki Firdaus, denda kerana menggelakkanku. Aku menoleh ke arah Batu, cepat-cepat dia menoleh ke arah lain. Eh! Batu pandang aku ke tadi? Betul ke? Alamak, ni yang dinamakan dalam musibah ada hikmahnya. Setelah selesai semuanya, kami pun pulang. Setelah Batu beredar, Azie bercerita."Dya, tadi Batu tu tanya, lelaki yang berborak dengan Dya tadi siapa." Aku terkejut."Betul ke dia tanya, abis tu Azie cakap apa?""Orang cakaplah tu kawan Dya. Dia tanya tu macam cemburu aje.""Betul ke Azie?"

Hatiku sudah berbunga-bunga. Yakin jika Batu ada perasaan terhadapku."Betul." Azie tersengih. Memang dia sudah maklum terhadap perasaanku terhadap Batu. Maklum tentang kegilaanku terhadap Batu. Kami berpecah, aku terasa letih yang amat. Sedih, sebak campur hati berbunga-bunga. Semuanya menjadi satu. Masuk sahaja bilik, aku terus merebahkan badan ke katil. Tidak lama kemudian dengkuran kecil kedengaran.****Selepas malam itu, aku tidak lagi mendengar khabar berita dari Batu, sempat kutitipkan ucapan terima kasih padanya kerana membantuku namun dia tidak membalas. Seminggu aku berfikir. Betul ke apa Azie cakap malam tu? Betul ke dia cemburu? Ke aku yang syok sorang-sorang. Kalau dia syok kat aku, kenapa dia tak balas mesej aku? Wargghhh! Tensionnya. Hilang sudah perasaan berbunga-bungaku dahulu. Sekarang apa yang bermain di fikiranku adalah samada dia menyintaiku atau tidak. Sebelum semester berakhir, kami sempat berchatting."Awak tengah buat apa?" batu memulakan perbualan."Tengah borak dengan member.""Ooo.. Boleh tak saya berkenalan dengan member awak tu?""Tak boleh!" Cepat aku membalas."Kenapa?""Sebab saya kata tak bolehlah!""Kenapa pula? Saya tak ada makwe, apa salahnya saya nak berkenalan dengan kawan awak tu.

Lagipun saya teringin juga nak keluar dengan makwe, nak dating, keluar makan." Habis, kalau kau teringin kenapa tak nak ajak keluar mangkukkkk! Memang tension aku dibuatnya dengan budak seekor ni."Carilah orang lain.""Awak cemburu ye?" Huhu... masakan aku mahu mengaku yang sebenarnya aku cemburu ke tidak. Gila dia ni. Suka uji aku."Tak kuasa nak cemburu."Aku membalas."Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Dia bertanya."Apa dia, tanya jelah.""Awak suka kat saya ye?" Gulp! Persoalan maut."Kenapa?" Aku bertanya."Jawap jelah pertanyaan saya tu." Hatiku berdebar-debar. Dia nak melamar aku jadi kekasih dia ke?"Suka!" Berani mati jawapan aku ni."Betul suka saya?" Dia mengulangi pertanyaannya."Suka!""Ha, sah awak memang cemburu sebab tu tak bagi saya berkenalan dengan member awak. Tulah, tadi tak nak ngaku. Boleh tak ni saya nak berkenalan dengan kawan awak, ha yang selalu dengan awak tu, siapa nama dia, Nurul?" Adusss... tension aku, aku ingat bila kata aku suka, dia nak ajak aku berkasih-kasihan dengan dia, rupanya nak tahu aku cemburu ke tak aje.Tensionnnn!!! Aku menarik-narik rambut kerana terlalu tension.

Sebab malu yang teramat sangat, terus aku sign out. Aku rasakan wajahku sebu, merah padam menahan malu. Batu! Batu! Kau tau tak aku suka kat kau, kau sibuk lagi nak berkenalan dengan kawan aku. Apa punya perasaan entah kau ni. Memang kau berhati batu. Sakit hati aku. Malas layan kau! Lelaki pelik!"Azie, orang sakit hatilah dengan Batu ni, orang tak nak dengan dia dah. Orang dah berpatah arang. Tension layan dia." Azie terkejut mendegar kata-kataku."Kenapa Dya?" Azie bertanya."Azie tahu tak, dia boleh tanya orang suka ke tak, lepas orang cakap suka dia nak berkenalan dengan Nurul pulak, mana orang tak bengang!" aku meluahkan ketidak puasan hatiku pada Azie. Azie tergelak besar."Memang dia perangai macam Batulah Azie, sesuai nama tu dengan dia."

Semester seterusnya.Dah setahun lebih aku kenal Batu, tapi tak ada apa-apa kemajuan dalam hubungan kami. Aku sudah tawar hati mahu menjalinkan hubungan dengannya. Dengan Azie juga telah aku katakan aku mahu melupakan Batu. Azie mengucapkan Caiyok! Caiyok! kepadaku sebagai pemberi semangat. Namun hasratku punah sama sekali, rupa-rupanya dia masih sekelas denganku. Macam mana aku nak lupakan dia? Kalau dah seminggu, 3 hari konfirm aku kena menghadap muka dia. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita buruk, Azie ternampak Batu sedang menjamu selera dengan seorang perempuan di sebuah restoran. Aku masih bersikap cool di hadapan Azie ketika dia memberikan khabar tersebut. Balik je bilik, aku terus merebahkan diri ke katil. Mengalir air mataku tanpa dipaksa-paksa. Mujur Nini sudah tidur. Aku menangis tak berlagu, baru aku faham apa sebenarnya menangis tak berlagu sekarang. Sedih yang amat. Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Kali ini aku memang berazam, aku takkan menaruh hati padanya lagi. Aku melihat namanya di list YM ku, aku terkejut, tiba-tiba Batu online. Siap papar gambar dia lagi pada display image.

Aku menggosok-gosokkan mata. Takut tersalah lihat, tapi betul. Dia memang online. Mimpi apa dia visible kan diri dia ni, dulu-dulu bukan pernah paparkan diri pun.Hari-hari aku tengok Batu online, siap ubah-ubah gambar lagi. Arggghhhh! Batu.. boleh tak kau beritahu apa motif kau online dan visible kat aku? Tapi, segala persoalan yang terbuku tak pernah aku utarakan. Aku juga tak pernah mem"buzz" Batu, aku betul-betul mahu mogok. Tak mahu ada apa-apa hubungan dengannya lagi. Jika bertembung dengannya di kelas pun aku buat-buat tak tahu sahaja. Mungkin dia pelik dengan perubahan sikapku tiba-tiba tapi aku mahu dia tahu aku sudah patah hati dengan sikapnya.

Konvokesyen Akhirnya hari yang bersejarah ini telah tiba, kami sudah konvo! Yahooooo... Kami membaling topi di kepala selepas majlis konvokesyen selesai. Akhirnya segala penat lelahku selama ini berbaloi. Aku dah grade, ye ye... Aku bertemu dengan rakan-rakanku, berborak tentang masa hadapan. Batu? Dia dah grade sebab dia masuk awal satu semester dariku. Kami langsung terputus hubungan."Assalamualaikum." Seseorang menyapaku dari belakang. Aku menoleh. Terkejut melihat Batu di belakangku."Waalaikumsalam." aku membalas salamnya perlahan. Rakan-rakanku tadi meminta izin untuk pergi. Aku mengangguk."Tahniah!" Dia tersenyum manis, wajahnya menampakkan kematangan. Aku membalas senyumannya walaupun hatiku sarat dengan persoalan tentang kewujudannya di sini."Terima kasih, apa awak buat kat sini? Ooo.. makwe awak sama semester dengan sayakan?" Aku bertanya, kemudian aku yang jawab balik."Awak ni tak berubah, still banyak tanya macam dulu." Aku tersengih. Dia menghulurkan sejambak bunga ros padaku. Aku kaget."Ini untuk awak." aku memandangnya serius."Sebenarnya, saya dah lama sukakan awak, cuma saya takut tak boleh bagi komitmen kat awak, lagipun awak pernah kata awak akan tunggu saya kan?" Aku masih lagi tertanya-tanya.

Tidak faham."Nah!" Dia menghulurkan sebuah kotak kecil. Aku masih memandangnya pelik. Dia meletakkan kotak tadi di tapak tanganku. Aku memandang kotak tersebut. Melihat aku yang masih termangu-mangu. Dia mengambil semula kotak tersebut dan membukanya. Cincin! Cantik!"Sudi tak awak berkahwin dengan saya, sehidup semati dengan saya, saya tahu awak banyak bersabar dengan saya, saya akui saya memang jahat, tapi semua tu untuk uji awak." Kepala otak dia nak uji aku, tiba-tiba aku naik angin. 3 tahun uji aku, ingat aku ni kepala batu macam dia! Bengang! Memang dia ni pelik, kepala batu!Aku memulangkan semula bunga dan kotak cincin yang diberikan padaku tadi. Dia terkejut. Cepat-cepat aku melangkah pergi."Dya! Tunggu!" aku tidak menghiraukan panggilannya. Dia menarik tanganku. Langkahku terhenti. Aku mengambil bunga di tangannya lantas memukulnya. Aku tak peduli dengan orang sekeliling janji aku puas."Awak ingat saya ni kepala batu macam awak tu, suka-suka je buat saya susah hati. Bukan kejap, 3 tahun awak tahu. Masa saya dibazirkan macam tu aje. Benci kat awak." Taufiq menepis-nepis pukulanku, aku tahu sakit tapi aku peduli apa.

Akhir sekali aku menendang kakinya. Memang puas hati. Selepas itu, aku terus meninggalkannya."Dya, Taufiq minta maaf ok!" Taufiq masih lagi memujukku, aku menarik lenganku yang masih dipegangnya. Konon marah!"Ok, Kalau Dya marah lagi, Taufiq cari orang lain." Cepat-cepat aku menarik lengannya kembali. Taufiq tersenyum. Aku melepaskan peganganku lalu memandang ke tempat lain. Malu dengan tindakan sspontanku."Tahun depan kita kahwin ye sayang." Dia mencuit daguku. Aku tersenyum simpul mendengar kata-katanya. Tak sia-sia lama aku menunggunya. Akhirnya penantianku berakhir. Terima kasih lelaki pelik pernah aku jumpa, Si batu

Read More 0 ulasan | Dicatat oleh Insan Biasa edit post

Hate, But I Love You by Emelynn Effina Exora

" Kak Ju, kenapa dengan Intan ni? Intan rasa macam Intan dah tak betul. Kiri, kanan, depan, belakang... Asyik nampak muka dia je... Dari celik mata sampai celik mata balik, mana-mana Intan pandang, mesti terbayangkan dia..." Intan menyuarakan apa yang dialaminya kepada Julia. Selama ini, hanya pada Julia sajalah tempat Intan berkongsi kisah suka dan dukanya. Hendak diceritakan kepada mamanya, bimbang akan penerimaan mamanya itu.

"Ya Allah budak ni... Ni memang sah dah kes angaulah ni... Tu lah Intan, kak Ju dah pesan dari dulu lagi, jangan asyik kutuk dia... Hah, tengok sekarang ni... Dah terkena pada diri sendiri..."bebel Julia. Rasa simpati mula terbit buat adik sepupunya itu.

"Apa dia,Pa? Betul ke family Auntie Zurin nak ikut sekali kita ke Melbourne?"tanya Intan pada Encik Jauhari, meminta kepastian. Intan terdengar akan perbualan antara papa dengan mamanya sewaktu melintasi ruang tamu rumah banglo milik keluarganya itu setelah penat bekerja.

"Ya Intan... Pagi tadi Auntie Zurin call mama... Minggu lepas mama ada perlawa mereka sekeluarga. Alang-alang dapat tahu kita sekeluarga nak bercuti bersama, tu yang Auntie Zurin bagi kata putusnya... Elok sangat lah tu... Meriah juga percutian kita nanti... Tak de lah boring Intan nanti..."jelas Puan Maria. Mendengar akan itu, Intan terus melabuhkan punggung di sisi mamanya. Niatnya yang ingin terus rehat di bilik, diketepikan.

" Intan tak kisah,Ma... Tapi,siapa lagi family Auntie Zurin yang ikut sekali nanti,Ma?" tanya Intan, berminat ingin tahu lanjut."Mereka sekeluarga je... Auntie Zurin, Uncle Roslan dan dua orang anak mereka... Bolehlah Intan berkenalan dengan mereka nanti..."beritahu Puan Maria. "Alang-alang Intan dah tanya, Papa ingat nak minta tolong Intan sikitlah... Flight Papa dan Mama terpaksa diawalkan sebab Papa kena settlekan kerja sikit kat sana... So, I wish that you may accompany Auntie Zurin's family to Malbourne... Ikut tarikh asal flight kita... Boleh? Family Auntie Zurin dah lama berkawan dengan family kita. Tak elok rasanya tinggalkan mereka macam tu saja sedangkan pada asalnya kita yang perlawa mereka..."terang Encik Jauhari panjang lebar. Intan terdiam sejenak dan akhirnya bersetuju dengan permintaan papanya itu.

Setelah menghantar papa dan mamanya ke lapangan terbang, petang itu Intan menghabiskan cuti hujung minggunya dengan keluar bersama Julia mengambil angin di sekitar Suria KLCC di samping membeli belah belah di sana. Sedang leka meneliti pakaian di gedung ISETAN, Julia terpandangkan seorang jejaka yang baru melintasi pintu masuk gedung itu."Eh Intan, tu lah anak Auntie Zurin yang baru balik dari Indonesia yang kak Ju ceritakan pada Intan kelmarin..."kata Julia sambil menudingkan jarinya ke arah jejaka yang dimaksudkan kepada Intan. Intan yang tidak mengerti apa-apa terpinga-pinga seketika sambil cuba mencari jejaka yang dimaksudkan oleh Julia. Malangnya, jejaka itu sedang sibuk mengatur langkah ke tingkat atas dan Intan tidak dapat melihat wajah jejaka yang dimaksudkan itu."Biasa-biasa je muka dia tu kak Ju... Tak de lah handsome mane pun... Orang macam tu, melambak kat KL ni...". Intan bersuara."Amboi cik akak sorang ni... Cakap besar ya awak... Esok-esok, buatnya terpikat kat dia tu, baru tahu langit tu tinggi ke rendah...".

Usik Julia.Usikan itu hanya disambut dengan gelak tawa dari Intan. Bagi Intan, dia malas hendak mengambil pusing akan semua itu, malahan dia masih leka membelek sehelai blaus yang telah mencuri perhatiannya. Blaus itu akhirnya di bawa ke bilik persalinan untuk dicuba. Intan memandang jam digital pada dashbord teksi yang dinaikinya. Kali ini, sudah masuk tujuh kali jam digital itu dijengahnya. Riak mukanya mula mempamerkan rasa cemas. Telefon bimbitnya pula sudah dua kali berbunyi. Panggilan dari Auntie Zurin yang bertanya akan kedudukannya sekarang."Iskh, Intan ni... Pening kak Ju dibuatnya... Sudah-sudahlah tengok jam tu... Kejap lagi sampailah kita kat airport tu... Tak lari mana pun airport tu... Ada sejam lebih lagi before kita fly..."bebel Julia. Intan yang duduk bersebelahan dengannya, dipandang. "Intan bukan apa kak Ju, tak sedaplah bila dah berjanji dengan orang tapi kita pula tak sampai-sampai lagi... Lagi pun, kesian kat Auntie Zurin... Dah dua kali dia call tanya kita kat mana..."jelas Intan.

Julia kehilangan kata-kata. Dia faham benar akan sikap adik sepupunya itu yang sentiasa menepati janji. Dia lebih suka menunggu daripada ditunggu oleh orang yang dijanjikan. Akhirnya, Julia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Setelah teksi mula memasuki kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Intan dan Julia sama-sama menarik nafas lega. Setelah menjejakkan kaki di dalam kawasan DEPARTURE, Intan dan Julia menghayunkan langkah sepantas mungkin sambil melilau mencari kelibat Aunti Zurin.

"Nasib baiklah papa dan mama dah bawa sikit barang kita,kan kak Ju? Kalau tak, susah juga kita nak bergerak..."suara Intan sambil terus mengatur langkah. Julia hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Intan itu. Akhirnya, orang yang dicari telah ditemui. Intan dan Julia terus mara ke arah Auntie Zurin yang sedang rancak berbual bersama suaminya, Roslan dan juga Luqman Hakim, anak lelaki sulung mereka. Setelah menyedari kehadiran Intan dan juga Julia, Auntie Zurin menghadiakan senyuman buat mereka berdua. "Sorry Auntie, kiteorang terlambat. Jalan jammed tadi... Auntie,Uncle and abang Luqman, apa khabar?"Intan berbahasa. Tangan Auntie Zurin dan Uncle Roslan disalaminya, diikuti juga dengan Julia.

"Kami semua alhamdulillah, sihat... Tak pe. Auntie faham... Tapi Auntie risau juga tadi. Tu lah, tadi Auntie perlawa tumpang dengan Auntie sekali, tak nak... Auntie nyaris-nyaris nak suruh Kimi jemput kamu berdua tadi sebelum Ju call dan kata dah nak sampai... "beritahu Auntie Zurin. "Kalau Auntie nak tahu, Intan ni tadi dah macam kucing hilang anak... Ju yang duduk kat sebelah dia pun naik pening dibuatnya. Mana taknya, lebih daripada sepuluh kali menjengah jam kat dashboard teksi tu tadi..."cerita Julia penuh semangat. Cerita itu disambut oleh gelak tawa daripada mereka semua. Gelak tawa mereka mula mengendur apabila seorang lelaki datang memberitahu Auntie Zurin bahawa barang-barang mereka telah didaftar masuk. "Hah Intan, ni lah Kimi. Ingat lagi,tak? Anak Auntie yang bongsu. Sebelum ni, dia jarang ada kat sini... Tu yang kamu jarang jumpa..."perkenal Auntie Zurin. "Hakimi Rizal..."suara lelaki itu sambil meghulurkan tangannya. Julia yang berada di sisi Intan, memberikan isyarat mata kepada Intan supaya memperkenalkan diri. Intan berpura-pura tidak faham akan isyarat dari Julia. Tidak lama kemudian, satu cubitan kecil dari Julia hinggap di pinggang Intan. Intan terjerit kecil daan akhirnya akur.

Intan menyambut jabatan tangan lelaki yang bernama Hakimi itu. "Intan... Intan Lidyana..." Auntie Zurin hanya tersenyum memerhati. "Eh, mari lah kita masuk ke dalam... Ni dah second announcement dah ni... Leka bersembang, terlepas pula flight kita nanti..."suara Encik Roslan dan disambut dengan anggukan mereka semua. Mereka beriringan masuk ke balai perlepasan. Sepanjang perjalanan ke Melbourn, Auntie Zurin tidak putus-putus bercerita itu dan ini kepada Intan. Intan menadah telinga menjadi pendengar setia. Julia pula sedang asyik bersembang dengan Luqman Hakim,tunang kesayangannya, manakala Hakimi Rizal pula bersama-sama papanya.

Sebaik sahaja menejejakkan kaki ke bumi Melbourne,kelibat Puan Maria dan Encik Jauhari sudah kelihatan menanti ketibaan anak serta keluarga kawan baik mereka. Kerancakkan berbual membuatkan mereka tidak menyedari hari susah menginjak ke malam. Setelah mendapat kunci bilik, masing-masing membawa hala tuju yang tersendiri."Hmm... Macam mana Intan? Handsome tak bakal adik ipar kak Ju?"suara Julia sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katilnya. Intan pula sedang sibuk menggantung pakaiannya di almari. Intan dan Julia akan berkongsi bilik di sepanjang percutian mereka di situ."Ntah... Biasa je Intan tengok... Tak de lah handsome sangat pun... Kalau nak dibandingkan, abang dia lagi okey kot..."balas Intan. Perhatiannya masih lagi pada kerja-kerja yang sedang dilakukan. Julia terjerit kecil apabila mendengar kata-kata Intan itu."Hei, yang tu ana yang punya,okey?"kata Julia, namun disambut oleh gelak tawa dari Intan."Hahaha... Apa lah kak Ju ni, Intan main-main je lah... Ambillah cik abang Luqman kesayangan awak tu... Tak de siapa nak usik lagi dah..."balas Intan sambil tertawa. Akhirnya, Julia sama-sama menghamburkan tawanya. Geli hati mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Intan itu. Bilik itu riuh rendah dipenuhi dengan gelak tawa serta adegan saling usik mengusik.

Pagi-pagi lagi, Intan dan Julia sudah keluar berjoging. Sesudah menunaikan solat subuh, mereka sama-sama turun ke bawah dan memulakan larian kecil di sekitar hotel tempat mereka semua menginap. Masuk pusingan kedua, kelihatan Luqman dan Hakimi melambai ke arah mereka dan memberi isyarat untuk turut serta. Julia menyambut kedatangan tunangnya dengan senyuman yang manis. Akhirnya Intan ditinggalkan terkulat-kulat sendirian bersama Hakimi. "Hai... Have a nice dream?"Hakimi memulakan bicara setelah agak lama mereka menyepikan diri. "Oh, yah... Thanks..."jawab Intan ringkas. Janggal rasanya bila ditinggalkan begini. "So, you buat apa sekarang ni?"tanya Hakimi lagi.

"Tengah joging lah... Tak kan tanam sayur pula kot..."perli Intan. Intan sengaja menjawab pertanya Hakimi sebegitu biarpun mengetahui maksud sebenar pertanyaan itu. Tujuannya hanya satu, malas untuk memanjangkan perbualan bersama lelaki itu. Tidak diketahui sebabnya, Intan bagaikan tidak senang dengan Hakimi. Hakimi bagaikan terhina apabila diperlakukan sebegitu. Niatnya baik tapi inikah balasannya dari Intan? "Eleh, macam lah I hairan sangat pasal you tu... I'm not interested... Tak sangka, muka je elok tapi budi bahasa, hancur..."balas Hakimi, bengang. Intan bagaikan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu. "Suka hati I lah nak kata macam mana sekali pun..."bidas Intan. "Suka hati you lah...". Hakimi terus berlari pecut, meninggalkan Intan sendirian dibelakang. Sesampai sahaja di biliknya, Intan menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Berbakul-bakul sumpah seranah yang keluar dari mulutnya. 'Iskh, kak Ju ni pun satu... Yang dia pergi tinggalkan aku dengan mamat mangkuk tu, ape kes? Iskh...geramnya aku... Perasan bagus sangat lah tu... Ceyhh... Bagi free pun aku tak nak...'omel Intan seorang diri. Akhirnya Intan terlena di sofa dengan persaaan geram yang masih berbuku di hati.

Sewaktu turun ke ruang makan lobi, semua ahli keluarga dan keluarga Auntie Zurin sedang menunggu kedatangan Intan untuk makan bersama. "Sorry, lambat... Kenapa semua tak makan lagi?"tanya Intan sambil menarik kerusi, bersebelahan dengan Hakimi. Hanya situ sahaja tempat yang kosong. Jikalau ikutkan rasa hatinya, Intan lebih rela duduk di meja yang lain. Tetapi tatkala memikirkan pandangan yang lain, tidak elok rasanya dia berlaku sebegitu. "Tunggu tuan puteri turun... Ma, kalau ada oarang tu lewat turun lagi, tinggalkan je la,Ma... Dia tak fikir agaknya kita yang tunggu kalaparan dekat sejam ni..."sindir Hakimi yang tiba-tiba bersuara. "Kimi..."tegur Auntie Zurin.

Intan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu. Dia bukannya sengaja turun lewat tetapi dia tertidur keletihan sesudah balik dari berjoging pagi tadi. Sesedarnya dari tidur, Julia sudah bersiap dan berpesan supaya cepat bersiap untuk turun makan bersama-sama.Baru dua sudu makanan memasuki mulut Intan, Encik Jauhari memecahkan kesunyian."Intan, sekejap lagi papa,mama, Auntie Zurin and Uncle Roslan nak melawat syarikat rakan kongsi papa..."beritahu Encik Roslan."Ala pa... Boringnya... Abis tu, Intan nak buat apa? Kata nak holiday sama-sama..."rungut Intan,manja. "Intan ikut lah Kimi, Abang Luqman and kak Ju jalan-jalan kat sini, okey sayang? Cara orang muda berseronok berbeza dengan kami yang dah tua ni..."pujuk Auntie Zurin. Dengar sahaja Auntie Zurin bersuara, Intan tidak berani menentang. Intan rela dalam terpaksa.Sesudah Puan Maria, Encik Jauhari, Uncle Roslan dan Auntie Maria berangkat ke destinasi mereka, Intan, Julia, Hakimi dan Luqman pula mengatur rancangan mereka. Destinasi yang mereka pilih ialah Queen Victoria Gardens. Intan terpesona tatkala melihat keindahan pelbagai jenis bunga yang terdapat di taman itu.

Tambah mengagumkan Intan ialah keunikan susunatur bunga-bungaan yang membentuk sebuah jam terbesar di St Kilda Road. Jam terbesar tersebut diperbuat daripada lebih 7,000 kuntum bunga. Setelah puas berjalan di sekitar Queen Victoria Gardens, mereka mengatur langkah ke Southgate Leisure Precinct. Salah satu daripada gedung membeli-belah yang terkenal di Melbourne. Ditambah pula dengan kedudukannya yang membolehkan pengunjung menikmati panorama Sungai Varra. Intan dan Julia cukup teruja apabila menjejakkan kaki ke situ. Hampir tidak terdaya Luqman dan Hakimi melayan kerenah dan mengekori mereka berdua. Perempuan dan shopping adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan."Aduh... Penatnya... Tapi seronok, kan Intan??"tanya Julia apabila mereka menjejakkan kaki ke bilik, setelah seharian berjalan-jalan di sekitar Melbourne. "Iskh... Seronok apa kalau macam tu... Akak tengok lah tadi, Si Kimi tu saja je nak sakitkan hati Intan.

Menyampah betul... Macam lah dia tu bagus sangat..."rungut Intan, tidak puas hati. "La... Ni kenapa pulak ni?" tanya Julia, ingin tahu. "Ala, si Kimi tu lah... Boleh dia menonong jalan berlengang, padahal dah nampak yang tangan Intan ni sarat dengan barang? Dia tak tau ke yang tangan Intan ni macam nak tercabut jinjing barang-barang tu semua... Iskh... Tak gentlemen langsung...". Bagaikan peluru berpandu Intan melepaskan rasa tidak puas hatinya itu. Julia yang mendengar hanya tersenyum geli hati. "Hmmm... Salah Intan juga tu... Lain kali, janganlah memborong sampai tak ingat dunia, ye cik adik??" usik Julia. "Iskh, kak Ju ni asyik nak menangkan si Kimi tu je..."rungut Intan. Akhirnya, selimut dihujung kaki ditarik dan tubuhnya diselubung.

Malas hendak mendengar Julia mempertahankan Hakimi. Bertambah sakit hatinya. Julia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Intan itu.'Macam-macam gelagat budak berdua ni...'Julia bermonolog.Sepanjang empat hari di Melbourne, pelbagai tempat telah mereka lawati. Tidak kurang juga dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, antaranya menaiki belon udara panas dan juga menaiki Giant Sky Wheel. Panorama di sekitar Victoria, Melbourne dapat dinikmati dari pelbagai sudut dan aspek. Walaupun teruja mengikuti aktiti-aktiviti, sering kali itu jugalah mulut Intan bertubi-tubi menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap Hakimi pada Julia. Biarpun tahu bahawa dirinya kurang disenangi oleh Intan, Hakimi tetap galak mengusik Intan. Sengaja mahu menambahkan rasa ketidakpuashatiaan gadis itu. Julia dah Luqman hanya menjadi pemerhati dan sesekali terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Kak Ju... Macam mana ni?? Macam mana Intan nak pay attention on job kalau dah 24 jam Intan macam ni?" luah Intan dengan harapan Julia dapat merungkai masalah yang dihadapinya itu. Julia hanya tertawa mendengar luahan Intan itu."Iskh... Kak Ju ni, Intan cakap betul-betul... Kak Ju boleh gelak pula..."rungut Intan. Tangannya ligat mengacau minuman yang baru dihantar oleh pelayan restaurant. Sudah sebulan percutian mereka berakhir dan selama sebulan itu jugalah Intan menjeruk rasa. Semua kerja yang dilakukan serba tidak kena. Dia sendiri bagaikan tidak mengerti kenapa dia berperasaan begitu. Setahunya, sepanjang perkenalannya dengan Hakimi, lebih banyak pahit daripada manisnya. Ada sahaja yang tidak disenanginya tentang lelaki itu. Ada juga sekali dua Intan menjeggukkan diri ke rumah Auntie Zurin tapi tidak pula kelihatan kelibat Hakimi. Ingin bertanya pada mamanya terasa segan. Nanti dikatakan hidung tak mancung, pipi pula tersorong- sorong. Paling ditakutinya, dikatakan pula perigi mencari timba. Ingin disuarakan pada Julia, bimbang ditertawakan lagi. Mahu tidak mahu, Intan hanya memendamkan rasa. "Intan, kenapa ni?? Mama tengok, Intan muram je kebelakangan ni... Selalu sangat termenung. Just tell me what's the matters... I'm hearing..."tegur Puan Maria apabila terpandangkan Intan yang sedang mengelamun.

Kehadirannya langsung tidak disedari Intan. "Eh, mama... Mana ada?? I'm fine... Cuma penat je kot. Kebelakangan ni banyak sangat kerja kat office tu..."dalih Intan. "Ma, Intan ingat Intan nak pergi holiday lah, Ma... May I??"sambung Intan lagi. "Holiday?? Bukan ke baru dua bulan lepas kita pergi holiday??"Puan Maria bersuara. Intan cuba meraih simpati mamanya. Didekatkan lagi dirinya pada Puan Maria." Ala Mama, boleh lah Ma... Please!!! Tu dua bulan lepas. Lagi pun, I need my own privacy... Boleh ya, Ma??"Terdetik juga rasa simpati terhadap anak gadis seorangnya itu. Sering kali juga dia terpandang akan wajah muram Intan. Lama Puan Maria membatukan diri dan akhirnya bersuara."Intan nak ke mana?"

Bumi Melbourne sekali lagi menerima kehadiran Intan Lidyana Jauhari. Kehadirannya kali ini adalah untuk mencari ketenangan, berbeza dengan sebelum ini. Intan mengatur langkah ke tempat-tempat yang telah memalit memori di benaknya biar pun hanya memori duka. Setiap kali berkunjung ke tempat-tempat tersebut, ingatan Intan tidak pernah berhenti daripada mengingati Hakimi. Bagaikan terasa kehadiran Hakimi di sisinya pada ketika itu. Sewaktu melalui kaki lima berhampiran dengan Southgate Leisure Precinct, Intan terpandangkan tempat di mana dia dan Hakimi bertegang urat di situ gara-gara Hakimi yang sering menduga kesabaranya.Terlayar lagi peristiwa ditubir ingatan Intan. "Kimi, boleh tak tolong bawakan barang I ni?? I dah tak larat lah..."pinta Intan, meraih simpati. Terpaksa juga dia menebalkan muka meminta pertolongan Hakimi memandangkan dirinya benar-benar kehabisan tenaga dek kerana menjinjing beg yang penuh berisi barabg-barang yang dibelinya tadi, ditambah pula dengan penat ke hulu ke hilir meredah kota Victoria itu. Julia dan Luqman pula bagaikan belangkas. Sekejapan sahaja kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan. "I'm sorry... Are you talking to me??"tanya Hakimi. Berpura-pura tidak mendengar. Intan mulai bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut jejaka yang berada beberapa langkah daripadanya. "Eh, tak de lah... I cakap dengan tiang ni tadi..."balas Intan sambil memuncungkan bibirnya.

"Oh, great!! I ingat tadi, ada tuan puteri yag minta I bawakan barang-barang dia... Anyway, kalau ada, please say to her,'It's not my pleassure...'" sengaja Hakimi mencurahan minyak tanah di atas bara api. Berdesing telinga Intan tatkala mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut Hakimi itu. Ada sahaja perkara yang cuba jejaka lakukan untuk menyakiti hati Intan.'Ya Allah, sakitnya hati aku... Mamat ni memang nak kena... Apa, kau ingat kau tu bagus sangat?? Ini tak boleh jadi...'jerit hati kecil Intan. Darjah kemarahannya hampir sampai ke puncak. "Excuse me... You ingat, you tu bagus sangat?? Daripada I minta tolong kat you, lebih balik I minta tolong kat tiang ni... Hati I pun tak sakit... If I really need a help, sekali I petik, bersusun yang datang nak tolong tau!! Setakat muka you ni, simpan je lah..."bidas Intan. Dihamburkan kemarahannya pada lelaki itu. Jangan disangka dirinya senang untuk diperkotak katikkan. "Owh, ye ke?? Tak sangka pula I... Mana semua orang-orang yang nak tolong you tu?? Kalau yang datang semua tua-tua kerepot yang dah nak sampai ajal, macam mana??"Hakimi masih lagi enggan mengalah. Intan bertambah sakit hati."Iskh.... Weeeaaakkk...."rugut Intan sambil menjelirkan lidah dan menghetakkan kakinya. Lalu, lelaki itu ditinggalkan sendirian di tepi kaki lima itu. Hakimi cuba menahan tawa yang hampir terhambur keluar. 'Comel' desis hati lelaki itu. Intan sedar, Hakimi masih lagi mengekori langkahnya dari belakang. Oleh itu, langkahnya cuba diatur sepantas yang mungkin biarpun di dalam kepayahan menjinjing barang-barang. Hatinya tidak henti-henti menyumpah seranah lelaki itu sepanjang perjalanannya pulang ke hotel penginapan mereka.

"Ada yang boleh patik bantu?? Khadam sedia memberi khidmat untuk Tuan Puteri... "Ingatan Intan terus mati di situ. Dia dikejutkan dengan suatu suara yang cukup dikenali. Jelas di pendengarannya. Seseorang yang fasih berbahasa Melayu di bumi asing ini adalah sesuatu yang mustahil. Tambahan pula suara itu! Intan berkira-kira untuk berpaling. Sebaik sahaja terpandang akan empunya suara, tanah yang dipijak bagaikan tidak terasa. Intan bagaikan kehilangan kata."Kimi... What are you doing here??" Hakimi melemparkan senyuman buat Intan sambil membalas pertanyaan gadis itu. "I'm looking for my princess... Did you see her??" Riak muka Intan serta merta berubah muram tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut jejeka itu. Hanya sepatah perkataan sahaja yang mampu keluar dari bibirnya."Nop!" "Iskh... Takkan you tak nampak dia. Tapi I rasa you kenal orang tu... That person is.... Intan Lidyana Jauhari..."Intan nyata terkejut. Benarkah apa yang didengarinya?? Dipandangnya muka Hakimi dengan seribu pertanyaan terkandung di fikiran.

Hakimi masih lagi melemparkan senyuman. Cukup menawan dan menggoda pada pandangan Intan. Hakimi mula megatur langkah ke hadapan menghampiri Intan dan tubuh itu diraih ke dalam dakapannya. Intan bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Berjuraian air matanya membasahi pipinya. "I hate you..."kata Intan dalam esakan. Tubuh lelaki itu didakapnya erat. "But I do love you... Love you so much.... I missed you, dear..."Bisik Hakimi dengan nada yang cukup romantis. "I love and missed you too..."Bisik Intan pula. Akhirnya Intan akur dengan permainan takdir. Diluahkan juga apa yang terbuku dihati sekian lama. Tanpa disangka, orang yang dibencinya pada suatu ketika dahulu kini menjadi orang yang paling dicintainya. "Ehem... " Kedengaran suatu suara dari arah belakang mereka. Intan dan Hakimi segera berpaling. Julia ditemani Luqman. Pasangan itu melempar senyuman buat Intan dan Hakimi."Cukup bulan, kahwin!!"Sambung Julia, cuba meniru dialog yang digunakan dalam kisah Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.Kini, barulah Intan tahu semua yang berlaku ini adalah rancangan Julia. Rupa-rupanya, segala yang diluahkan selama ini, tidak sia-sia.Intan akhirnya tenggelam dalam dakapan Hakimi. Semoga kisah cinta mereka akan terus diwarnai dengan warna-warna ceria kehidupan.

Read More 0 ulasan | Dicatat oleh Insan Biasa edit post
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

cerpen 2009

  • Tentang Penulis
      . Seseorang insan biasa yang suka membaca cerpen kenapa tersenyum?emm...kita hanya insan biasa yang pernah alami berbagai pengalaman mungkin dgn membaca dapat mengurangkan tekanan selebihnya kita serahkan pada yang maha esa insyallah kita akan tenang {Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W}
  • Rossa - Ayat-ayat Cinta

    Labels

    • Warkah (1)

    Blog Archive

    • Julai (1)
    • Mei (10)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright cerita cerpen kawan kawan. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine | Distributed by Deluxe Templates

    Back to Top