Kelas pengurusan pemasaran yang baru sepuluh minit bermula terganggu tatkala seorang lelaki sibuk mencari tempat duduk. Kebetulan tempat duduk di sebelahku memang kosong. Kelam kabut dia mengeluarkan nota dan pensil dari fail di tangannya. Aku hanya memerhatikan sahaja tindak tanduknya tanpa melihat wajahnya. Sedikit sebanyak dia mengganggu tumpuanku. Tiba-tiba kami berpandangan, aku tersentak lantas memandang ke hadapan semula. Setengah jam berlalu, aku mula merasa bosan. Aku menaikkan kakiku ke atas kerusi dan bersila. Lenguh berlunjur."Ada gewe?" Spontan aku memandang Azie, rakanku di sebelah. Azie memandangku."Kenapa?" Azie menyoalku.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin aku salah dengar agaknya. Mungkin dia tanya orang belakang, mesti, wajib!Aku meneruskan konsentrasiku pada kuliah."Ada gewe?" Soalan itu bergema lagi. Aku tidak berani memandang wajahnya. Takut aku sendiri salah faham. Aku mendiamkan diri. Lama, kemudian aku mencuit Azie."Azie, budak sebelah ni tanya Dya ada gewe ke tak. Tapi Dya tak pasti dia tanya Dya ke tak sebenarnya.""Ha?" Azie menaikkan kening ala-ala Ziana Zain. Azie menjengukkan sedikit kepalanya untuk melihat lelaki di sebelahku."Hensem Dya." Aku mengerutkan dahi, hensem? Aku rasa biasa je. Aku mengangkat bahu. Malas memikirkan betul ke tidak lelaki tersebut menujukan soalan cepumas itu kepadaku atau orang lain. Malu untuk bertanya kembali, karang kalau salah dia kata aku muka tak malu. Huhuhu..
"Awak, awak.." Aku berpaling ke belakang. Sah memang dia panggil aku. Eh! Budak laki yang tanya aku ada gewe ke tak tulah. Apa mimpi dia tiba-tiba panggil aku ni. Dia menghampiriku dengan seorang rakan."Awak dah siap ke assignment yang pensyarah bagi dulu tu. Kalau dah siap nak tiru." Mak aih! Straight to the point betul mamat ni. Bukan kata nak pinjam ke nak bincang, terus cakap nak tiru. Mana boleh! Penat aku bersengkang mata buat tahu!"Tak siap lagi." Aku menipunya. Hehe.."Tak siap lagi? Mmm.. boleh tak saya nak nombor telefon awak, senang saya nak mintak assignment dari awak." Alamak, mamat ni. Spoil betul, agak-agaklah nak mintak. Nak bagi ke tak nak, bagi ke tak nak. Bagi jelah. Lagipun mamat ni boleh tahan juga sebenarnya. Menyempat lagi Dya ooiii!"Ambil ni, 012234567." cepat tangannya mendail punat-punat telefon."Nama?" Dia bertanya lagi. "Dya." Jawabku pendek. "Oo.. Dya nama awak ye." Tiba-tiba rakan di sebelahnya menyampuk. Aku tersenyum."Awak miss call sayalah." Aku memberi arahan padanya. Dia mengangguk lantas menekan butang panggilan. Diletakkan telefon rapat di kepala. Kemudian dia mengangguk tanda sudah selesai miss call."Nama?" Aku bertanya pula padanya. "Taufiq." Aku mengangguk lantas meminta izin untuk pergi."Nanti dah siap jangan lupa bagitahu tau." Aku tersengih. Jangan haraplah aku nak bagi. Hahaha.. gelakku jahat tapi di dalam hati.
Sejak pertemuan tersebut aku langsung tidak menemuinya. Malas aku mahu memanjangkan cerita walhal aku sendiri tidak mahu menyusahkan diri membantunya. Biar dia cari sendiri. Aku termenung di hadapan lif sementara menunggu lif sampai. Azie sudah lesap kerana hendak berjumpa pensyarah akademiknya. Aku pula mahu menemui pensyarah penyelia yang memantau projekku semestar depan. Lif terbuka, aku terkejut kerana di hadapanku adalah Taufiq. Dia juga seolah-olah terkejut melihatku."Hai!" Dia menyapaku. Aku tersenyum."Dah siap dah assignment?" Ah! Luntur semangatku. Apa dia ingat aku ni muka buat assignment apa! Bengang aku."Sikitlah." Acuh tak acuh aku menjawabnya. "Nak YM awak."
Adusss... ni aku lemah ni."Ha?" Aku mengerutkan dahi. Sebenarnya aku rasa macam dah berkenan je kat mamat ni. Walaupun dulu aku kata dia tak hensem tapi sekarang nampak sweet lah pula."Saya nak YM awak." aku tergaru-garu kepala. Perasaanku masih berbelah bagi samada hendak memberinya atau tidak."Awak add saya, ni alamat e-mail saya." Ujarnya sambil memberikan sekeping kertas kepadaku apabila melihatku masih ragu-ragu."Ok!" Kataku sambil menekan butang lif.Malam itu kami berchatting. Aku tidak memberinya secara langsung semua assignment yang telah aku buat tapi aku memberinya laman web yang berkaitan. Dia mengeluh dan mengatakan aku kedekut tapi apa aku peduli. Sempat lagi kami berbincang tentang perkara peribadi tapi dia banyak berahsia. Akhir sekali kami bergaduh. Pelik aku, baru pertama kali berborak dah gaduh. Tapi aku sudah merasakan kelainan di dalam hatiku. Sejak hari itu, kami mula berchatting namun selalunya diakhiri dengan pergaduhan. Kadang-kadang aku tension tapi kadang-kadang aku rindu pula padanya. Tapi yang peliknya, kalau dia online, dia mesti invisible. Lama-lama dah jadi tabiat, aku tunggu dia setiap malam untuk berchatting dan kadang-kadang sanggup aku bersengkang mata semata-mata menunggu dia mem"buzz"ku.
Mana aku nak tahu dia online ke tidak. Diakan invisible, nak tak nak aku terpaksa penunggu setia. Huhu.. sanggup aku jadi begini. Tulah, dulu kata tak hensem sangat, sekarang siapa melekat. Suatu hari kami berchatting."Awak, betul ke awak tanya saya ada gewe ke tak masa tu?""Ye, saya tanya awaklah tapi awak diam je." Aku tersengih. Sah! Sah!"Awak dah ada makwe?" aku menaip perlahan kemudian lama baru aku menekan enter."Belum.""Kenapa?""Saya nak cari makwe yang pikat saya dulu." Mak aih!! Biar betul dia ni, punah harapan aku. Huhu.. Takkanlah aku nak pergi mengorat dia pula."Kenapa?" Aku bertanya lagi."Bosan, asyik saya aje yang mengorat. Biarlah perempuan pula mengorat saya. Barulah thrill" Thrill kepala hotak dia. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. Melepaslah aku. Aku ni pemalu, sampai kiamat pun aku takkan mengorat dia. Tapi hati aku dah berkenan. Macam mana ni.. Maakkkkkkk, tolong anakmu ini.Suatu hari dia meluahkan perasaan sedihnya kepadaku juga melalui YM, dia ni kedekut nak mampus. Aku mesej bukan nak balas. Tak ada kredit katanya. YM jelah yang kami mampu. Tiba-tiba je mamat ni sedih. Tak apa, tak apa.. aku layan.
Macam-macam yang diceritanya. Tentang ketidak puasan hati tentang budak-budak kelasnya padaku."Tak apa, awak sabar ye!" aku memujuknya. Ceh, seakan aweknya sahaja lagaknya."Tapi, sampai bila saya nak bersabar. Saya tertekan. Lagipun saya sunyi. Budak kelas semua tak best.""Awak ni, nak belajar ke nak bercinta dengan budak kelas. Abaikan jelah diorang tu, concentrate kat belajar." Aku memujuknya lagi."Saya rasa nak extendlah." Tiba-tiba dia mengeluarkan pendapatnya. Aku terkejut."Suka hati awaklah, awak yang nak belajar. Tak apa, saya tunggu awak." Lancar tanganku menaip. Alamak! Salah taip."Awak nak tunggu saya?""Err.. maksud saya, saya tunggu awak sambil belajarlah kat sini. Maksudnya, saya ada kat sini, belajar." terbelit-belit aku menyusun ayat. Ah! Gasaklah. Dia terus terdiam selepas itu, ni yang aku masak sangat ni. Mendidih betul, suka masuk dan keluar sesuka hati YM tanpa memberitahuku. Lama aku tunggu, sah dia dah tidur. Malaslah nak layan dia. Perangai memang pelik, macam batu, tak ada perasaan. Benci!! Batu? Ha, memang sesuai dengan perangai kau. Sesuai aku panggil kau batu. Lelaki pelik pernah aku jumpa, batu!
Semester hadapannya.Alamak, aku rindulah kat Batu. Tapi semester ni tak ada kelas yang sama dengan dia. Sedihnya. Tak apa, tak apa. Aku masih lagi boleh bermesej dengannya. Tapi seperti biasalah, dia memang kedekut. Mesej aku sesekali sahaja dia membalasnya. Aku jadi tension kadang-kadang. Dia ni pergunakan aku untuk buat assignment dia je ke, tapi kenapa dia tanya aku ada gewe ke tak dulu kalau dia tak berkenan. Macam-macam persoalan yang tak mampu aku tanyakan padanya. Malu sebenarnya berterus terang padanya.Suatu hari sesuatu yang buruk terjadi padaku. Aku di ragut, segala benda hilang, dompet, telefon bimbit. Aku langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan. Mujur rakan sebilikku memahami keadaanku dan meminjamkan telefon bimbitnya. Syukur, di kala kesusahan ramai membantuku. Tengah malam itu juga polis menelefonku dan memberitahuku bahawa peragut sudah dikenalpasti. Lantas aku bersiap-siap mahu ke balai polis. Nini, rakan sebilikku menghalangku pergi bersendirian. Aku teringat Batu, nombornya memang selalu dikepalaku. Mana tak ingat, aku selalu praktis hafal nombor telefonnya, tak sangka berguna di saat kesusahan. Nombor telefon orang lain memang aku tak ingat dah."Hello, Taufiq" Aku memulakan perbualan.
Sebak aku rasakan ketika itu."Hello, siapa ni?" Dia menyoalku kembali."Ni Dya. Taufiq boleh tak tolong Dya. Temankan Dya ke balai polis?""Ha, ke balai polis? Nak buat apa?" Alamak, banyak songeh pulak mamat ni."Saya ada hal nak ke sana, boleh tak awak temankan, saya takut nak pergi seorang sebab dah jauh malam. Boleh tak?" aku bertanya geram. Masa macam nilah dia nak banyak soal. Aku ni dahlah banyak masalah."Yelah, tapi kenapa?""Tak apalah kalau tak nak temankan. Ok, Bye!" Aku memang sangat beremosi ketika ini. Sensitif!"Nanti, nanti. Ok, saya temankan. Kita nak naik apa ni?" Dia bertanya bodoh. Rasa macam nak bagi sedas penumbuk je sebab bagi soalan bodoh tu kat aku.
Dahlah sebak aku tak hilang lagi ni."Awak naik motor awak, saya naik motor sayalah." Tergagap-gagap dia menjawap sebelum aku meletakkan telefon. Tergesa-gesa aku ke bilik azie untuk memintanya menemankan aku. Tanpa banyak soal Azie bersiap. Belum sempat aku ke tempat parking motor, sebuah kereta kelisa putih memberi hon. Kami berdua terkejut. Batu!Dia membuka pintu kereta."Dya, cepat masuk!" Ujarnya garang memberi arahan. Aku memandang Azie, cepat-cepat Azie menarik tanganku supaya memasuki kereta. Di dalam kereta aku menerangkan tentang apa yang terjadi padaku. Dia mengangguk-angguk tanpa sebarang kata. Sampai di balai polis, dia menungguku di luar. Teman lelaki Azie juga datang ke balai polis. Mungkin Azie memberitahunya tadi. Azie memberitahu bahawa teman lelakinya membawa kereta. Aku sebenarnya tidak mahu menyusahkan Taufiq sebenarnya. Aku bertanyakan pada Azie samada teman lelakinya sudi atau tidak membawa kami pulang dan aku boleh menyuruh Taufiq pulang terlebih dahulu. Azie berbincang dengan teman lelakinya dan kemudian mengangguk padaku."Awak, awak baliklah dulu." Aku menyuarakan pendapatku."Kenapa?"
Dia bertanya kembali."Sebab dah malam ni, entah-entah prosesnya lambat lagi." aku memberikan alasan yang ku anggap kukuh."Tak apa, kita tunggu." aku kehilangan kata-kata. Biarlah dia nak tunggu. Lama sikit aku berdate dengan dia ni. Lama tak jumpa, rindu. Huhu..Hensemlah dia ni, tapi kenapa aku tengok dia makin kurus? Tiba-tiba aku ternampak Firdaus, polis merangkap rakanku. Macammana aku boleh terlupa aku ada kawan polis ni. Aku mendapatkannya. Firdaus tergelak apabila mendapat tahu akulah sebenarnya mangsa ragut yang disebut-sebut tadi. Ceh! Bukan nak bersimpati, katak puru betul! Aku menyepak kaki Firdaus, denda kerana menggelakkanku. Aku menoleh ke arah Batu, cepat-cepat dia menoleh ke arah lain. Eh! Batu pandang aku ke tadi? Betul ke? Alamak, ni yang dinamakan dalam musibah ada hikmahnya. Setelah selesai semuanya, kami pun pulang. Setelah Batu beredar, Azie bercerita."Dya, tadi Batu tu tanya, lelaki yang berborak dengan Dya tadi siapa." Aku terkejut."Betul ke dia tanya, abis tu Azie cakap apa?""Orang cakaplah tu kawan Dya. Dia tanya tu macam cemburu aje.""Betul ke Azie?"
Hatiku sudah berbunga-bunga. Yakin jika Batu ada perasaan terhadapku."Betul." Azie tersengih. Memang dia sudah maklum terhadap perasaanku terhadap Batu. Maklum tentang kegilaanku terhadap Batu. Kami berpecah, aku terasa letih yang amat. Sedih, sebak campur hati berbunga-bunga. Semuanya menjadi satu. Masuk sahaja bilik, aku terus merebahkan badan ke katil. Tidak lama kemudian dengkuran kecil kedengaran.****Selepas malam itu, aku tidak lagi mendengar khabar berita dari Batu, sempat kutitipkan ucapan terima kasih padanya kerana membantuku namun dia tidak membalas. Seminggu aku berfikir. Betul ke apa Azie cakap malam tu? Betul ke dia cemburu? Ke aku yang syok sorang-sorang. Kalau dia syok kat aku, kenapa dia tak balas mesej aku? Wargghhh! Tensionnya. Hilang sudah perasaan berbunga-bungaku dahulu. Sekarang apa yang bermain di fikiranku adalah samada dia menyintaiku atau tidak. Sebelum semester berakhir, kami sempat berchatting."Awak tengah buat apa?" batu memulakan perbualan."Tengah borak dengan member.""Ooo.. Boleh tak saya berkenalan dengan member awak tu?""Tak boleh!" Cepat aku membalas."Kenapa?""Sebab saya kata tak bolehlah!""Kenapa pula? Saya tak ada makwe, apa salahnya saya nak berkenalan dengan kawan awak tu.
Lagipun saya teringin juga nak keluar dengan makwe, nak dating, keluar makan." Habis, kalau kau teringin kenapa tak nak ajak keluar mangkukkkk! Memang tension aku dibuatnya dengan budak seekor ni."Carilah orang lain.""Awak cemburu ye?" Huhu... masakan aku mahu mengaku yang sebenarnya aku cemburu ke tidak. Gila dia ni. Suka uji aku."Tak kuasa nak cemburu."Aku membalas."Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Dia bertanya."Apa dia, tanya jelah.""Awak suka kat saya ye?" Gulp! Persoalan maut."Kenapa?" Aku bertanya."Jawap jelah pertanyaan saya tu." Hatiku berdebar-debar. Dia nak melamar aku jadi kekasih dia ke?"Suka!" Berani mati jawapan aku ni."Betul suka saya?" Dia mengulangi pertanyaannya."Suka!""Ha, sah awak memang cemburu sebab tu tak bagi saya berkenalan dengan member awak. Tulah, tadi tak nak ngaku. Boleh tak ni saya nak berkenalan dengan kawan awak, ha yang selalu dengan awak tu, siapa nama dia, Nurul?" Adusss... tension aku, aku ingat bila kata aku suka, dia nak ajak aku berkasih-kasihan dengan dia, rupanya nak tahu aku cemburu ke tak aje.Tensionnnn!!! Aku menarik-narik rambut kerana terlalu tension.
Sebab malu yang teramat sangat, terus aku sign out. Aku rasakan wajahku sebu, merah padam menahan malu. Batu! Batu! Kau tau tak aku suka kat kau, kau sibuk lagi nak berkenalan dengan kawan aku. Apa punya perasaan entah kau ni. Memang kau berhati batu. Sakit hati aku. Malas layan kau! Lelaki pelik!"Azie, orang sakit hatilah dengan Batu ni, orang tak nak dengan dia dah. Orang dah berpatah arang. Tension layan dia." Azie terkejut mendegar kata-kataku."Kenapa Dya?" Azie bertanya."Azie tahu tak, dia boleh tanya orang suka ke tak, lepas orang cakap suka dia nak berkenalan dengan Nurul pulak, mana orang tak bengang!" aku meluahkan ketidak puasan hatiku pada Azie. Azie tergelak besar."Memang dia perangai macam Batulah Azie, sesuai nama tu dengan dia."
Semester seterusnya.Dah setahun lebih aku kenal Batu, tapi tak ada apa-apa kemajuan dalam hubungan kami. Aku sudah tawar hati mahu menjalinkan hubungan dengannya. Dengan Azie juga telah aku katakan aku mahu melupakan Batu. Azie mengucapkan Caiyok! Caiyok! kepadaku sebagai pemberi semangat. Namun hasratku punah sama sekali, rupa-rupanya dia masih sekelas denganku. Macam mana aku nak lupakan dia? Kalau dah seminggu, 3 hari konfirm aku kena menghadap muka dia. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita buruk, Azie ternampak Batu sedang menjamu selera dengan seorang perempuan di sebuah restoran. Aku masih bersikap cool di hadapan Azie ketika dia memberikan khabar tersebut. Balik je bilik, aku terus merebahkan diri ke katil. Mengalir air mataku tanpa dipaksa-paksa. Mujur Nini sudah tidur. Aku menangis tak berlagu, baru aku faham apa sebenarnya menangis tak berlagu sekarang. Sedih yang amat. Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Kali ini aku memang berazam, aku takkan menaruh hati padanya lagi. Aku melihat namanya di list YM ku, aku terkejut, tiba-tiba Batu online. Siap papar gambar dia lagi pada display image.
Aku menggosok-gosokkan mata. Takut tersalah lihat, tapi betul. Dia memang online. Mimpi apa dia visible kan diri dia ni, dulu-dulu bukan pernah paparkan diri pun.Hari-hari aku tengok Batu online, siap ubah-ubah gambar lagi. Arggghhhh! Batu.. boleh tak kau beritahu apa motif kau online dan visible kat aku? Tapi, segala persoalan yang terbuku tak pernah aku utarakan. Aku juga tak pernah mem"buzz" Batu, aku betul-betul mahu mogok. Tak mahu ada apa-apa hubungan dengannya lagi. Jika bertembung dengannya di kelas pun aku buat-buat tak tahu sahaja. Mungkin dia pelik dengan perubahan sikapku tiba-tiba tapi aku mahu dia tahu aku sudah patah hati dengan sikapnya.
Konvokesyen Akhirnya hari yang bersejarah ini telah tiba, kami sudah konvo! Yahooooo... Kami membaling topi di kepala selepas majlis konvokesyen selesai. Akhirnya segala penat lelahku selama ini berbaloi. Aku dah grade, ye ye... Aku bertemu dengan rakan-rakanku, berborak tentang masa hadapan. Batu? Dia dah grade sebab dia masuk awal satu semester dariku. Kami langsung terputus hubungan."Assalamualaikum." Seseorang menyapaku dari belakang. Aku menoleh. Terkejut melihat Batu di belakangku."Waalaikumsalam." aku membalas salamnya perlahan. Rakan-rakanku tadi meminta izin untuk pergi. Aku mengangguk."Tahniah!" Dia tersenyum manis, wajahnya menampakkan kematangan. Aku membalas senyumannya walaupun hatiku sarat dengan persoalan tentang kewujudannya di sini."Terima kasih, apa awak buat kat sini? Ooo.. makwe awak sama semester dengan sayakan?" Aku bertanya, kemudian aku yang jawab balik."Awak ni tak berubah, still banyak tanya macam dulu." Aku tersengih. Dia menghulurkan sejambak bunga ros padaku. Aku kaget."Ini untuk awak." aku memandangnya serius."Sebenarnya, saya dah lama sukakan awak, cuma saya takut tak boleh bagi komitmen kat awak, lagipun awak pernah kata awak akan tunggu saya kan?" Aku masih lagi tertanya-tanya.
Tidak faham."Nah!" Dia menghulurkan sebuah kotak kecil. Aku masih memandangnya pelik. Dia meletakkan kotak tadi di tapak tanganku. Aku memandang kotak tersebut. Melihat aku yang masih termangu-mangu. Dia mengambil semula kotak tersebut dan membukanya. Cincin! Cantik!"Sudi tak awak berkahwin dengan saya, sehidup semati dengan saya, saya tahu awak banyak bersabar dengan saya, saya akui saya memang jahat, tapi semua tu untuk uji awak." Kepala otak dia nak uji aku, tiba-tiba aku naik angin. 3 tahun uji aku, ingat aku ni kepala batu macam dia! Bengang! Memang dia ni pelik, kepala batu!Aku memulangkan semula bunga dan kotak cincin yang diberikan padaku tadi. Dia terkejut. Cepat-cepat aku melangkah pergi."Dya! Tunggu!" aku tidak menghiraukan panggilannya. Dia menarik tanganku. Langkahku terhenti. Aku mengambil bunga di tangannya lantas memukulnya. Aku tak peduli dengan orang sekeliling janji aku puas."Awak ingat saya ni kepala batu macam awak tu, suka-suka je buat saya susah hati. Bukan kejap, 3 tahun awak tahu. Masa saya dibazirkan macam tu aje. Benci kat awak." Taufiq menepis-nepis pukulanku, aku tahu sakit tapi aku peduli apa.
Akhir sekali aku menendang kakinya. Memang puas hati. Selepas itu, aku terus meninggalkannya."Dya, Taufiq minta maaf ok!" Taufiq masih lagi memujukku, aku menarik lenganku yang masih dipegangnya. Konon marah!"Ok, Kalau Dya marah lagi, Taufiq cari orang lain." Cepat-cepat aku menarik lengannya kembali. Taufiq tersenyum. Aku melepaskan peganganku lalu memandang ke tempat lain. Malu dengan tindakan sspontanku."Tahun depan kita kahwin ye sayang." Dia mencuit daguku. Aku tersenyum simpul mendengar kata-katanya. Tak sia-sia lama aku menunggunya. Akhirnya penantianku berakhir. Terima kasih lelaki pelik pernah aku jumpa, Si batu
Catat Ulasan